Link Copiedcheck_circle
Global

Dilancar: Toyota Aygo X Hybrid GR Sport: Sudah Mula Dijual Di Eropah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Toyota dilaporkan sudah mengemaskini model hibridnya,  Toyota Aygo X Hybrid dan sudah pun dijual untuk pasaran Eropah, baru-baru ini.

Selain menambahkan trenkuasa hibrid (HEV) baharu, model hatchback crossover segmenn A ini turut menerima varian baharu GR Sport yang tampil lebih sporty.

image.pngimage.png

Untuk makluman, Aygo X HEV  menggunakan enjin 1.5-liter 4-silinder yang sama seperti Yaris Cross dan Lexus LBX . Untuk itu, Aygo X mampu menghasilkan kuasa sehingga 114 hp.

Enjinnya yang dipadankan dengan   transmisi e-CVT, membuatkan Aygo X HEV baharu mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam masa 10 saat.

image.png

Ia adalah satu penambahbaikan yang ketara memandangkan model sebelum ini mampu memecut dalam masa 14.9 saat.

Lebih menarik ialah  Toyota mendakwa Aygo X HEV mencatatkan pelepasan karbon dioksida  paling rendah berbanding dengan kereta bukan plug-in di Eropah, walaupun kadar penggunaan bahan api rasmi masih belum diumumkan.

Melihat luarannya,  Aygo X dilihat menerima perubahan yang agak ketara. Difahamkan, panjang kenderan ini ditambah kepada 76mm berikutan  hasil daripada rekaan bampar hadapan yang direka semula. 

image.pngimage.png

Bampar baharu ini menampilkan gril hadapan yang lebih besar, dan bagi versi GR Sport, terdapat juga logo  GR Sport di bahagian depan bersama gril sarang lebah.

Antara kelengkapan lain ialah didatangkan dengan rim aloi 18-inci baharu,ada saluran Udara di hadapan, pilihan warna eksklusif dua tona Mustard dengan hud hitam, dan pelbagai lagi.

Bagaimanapun, untuk varian  GR Sport, Aygo X menerima tempat duduk hadapan sporty dengan ukiran GR pada penyandar, manakala  stereng juga berlencana GR. .

image.png

Model ini juga hadir dengan  kluster meter digital 7-inci baharu, pengecas tanpa wayar, panel kawalan suhu baharu, dan upholsteri baharu yang diperbuat daripada plastik dan fabrik kitar semula.

Walaupun Aygo X GR Sport tidak menerima peningkatan prestasi sebenar berbanding versi standard, namun suspensi dan sterengnya telah ditala semula bagi menawarkan pemanduan yang lebih mantap.

Toyota Aygo X 2025 dijadualkan tiba di pasaran terpilih Eropah menjelang hujung tahun ini, namun harganya masih belum didedahkan.

image.png

Walaupun, model crossover sporty ini tidak akan menembusi pasaran kita, namun kami berpendapat  jika ciri-ciri   GR Sport  digunakan pada Yaris hatchback atau Yaris Cross, sudah pastinya ia lebih menarik. 

Apa pula pandangan anda? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!



Gallery

Tag:

Toyota Aygo X GR Sport
Toyota Aygo X Facelift
ToyotaAygo Cross
HEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

03-06-2025
Global

03-06-2025
Global

30-05-2024
Global

10-05-2024
Global

18-04-2024
Berita Auto

22-02-2024
Berita Auto

20-02-2024
Berita Auto

19-02-2024

Berita Terkini

Global

BMW iX5 Hydrogen Didedahkan – Tiba 2028 Nanti

BMW kini sedang giat membangunkan X5 generasi terbaru, dan semalam syarikat automotif Jerman ini mengumumkan bahawa model itu nanti bakal tiba dalam versi trenkuasa hidrogen, BMW iX5 Hydrogen.

23-09-2025
Global

EV smart #5 Raih Euro NCAP 5 Bintang – Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat

smart #5 kini mencuri perhatian dunia apabila berjaya menerima penarafan penuh lima bintang dalam ujian keselamatan di bawah Program Penilaian Kereta Baharu Eropah (Euro NCAP).

23-09-2025
Global

Didedah: Imej Rasmi Geely Emgrand Generasi Kelima Didedah Di China

Pengeluar automotif gergasi, Geely telah menyiarkan imej Geely Emgrand generasi kelima di China, baru-baru ini.

22-09-2025
Global

Toyota GR Corolla 2025 Di Jepun Dinaik Taraf, Buatkan Ia Kini Tampil Lebih Padu

Toyota GR Corolla 2025 untuk pasaran Jepun dilaporkan menerima beberapa pengemaskinian terbaharu .

19-09-2025
Global

Proton e.MAS 7 Dilancar Di Singapura, Harga Bermula Daripada RM577K

Proton kini kembali ke Singapura dengan melancarkan secara rasminya model EV pertamanya, e.MAS 7, pagi tadi.

18-09-2025
Global

Ini Dia Model Kia Paling Mewah, Bukan SUV Atau EV Tetapi Cuma MPV

Kia Carnival Hi-Limousine yang cukup mewah ini dikatakan mampu menewaskan Toyota Vellfire serta Alphard dan Lexus LM.

17-09-2025
Global

Geely EX5 Terlebih Dahulu Masuk Pasaran UK Bulan Depan, Apa Pula Nasib Proton e.MAS 7?

Geely EX5 EV SUV iaitu kembar kepada Proton e.MAS 7 akan dilancarkan secara rasmi di pasaran UK pada bulan depan.

17-09-2025
Global

Xpeng P7 Generasi Kedua Buat Kemunculan Sulung Di Eropah, Mona M03 Bakal Dilancarkan

Xpeng P7 generasi kedua membuat kemunculan sulung di Eropah di acara automotif IAA Mobility 2025 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman.

12-09-2025