Link Copiedcheck_circle
Global

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Toyota dan McLaren, nampaknya Ferrari juga tidak mahu ketinggalan dalam  perlumbaan 24 Jam Le Mans pada tahun ini, memandangkan pengeluar kereta berprestij itu memperkenalkan model 296 Speciale yang dinamakan sebagai Piloti Ferrari.

Ia dibangunkan oleh sebuah bahagian khas Tailor Made Ferrari, dimana 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi baik dalam perlumbaan kompetitif mahupun sebaliknya.

image.pngimage.png

Memandangkan ia direka khas untuk “mereka yang mahu merasai sendiri pengalaman pemanduan di litar,” 296 Speciale Piloti ini mendapat inspirasi daripada hypercar Ferrari 499P Le Mans, yang  mencipta kemenangan pada tahun 2023, 2024 dan 2025  dalam kategori Hypercar. 

image.pngimage.png

Apa yang cukup menarik mengenai model ini adalah ia hadir dalam warna Giallo Modena, ada  logo WEC yang dilukis dengan tangan, tertera bendera Itali di bampar hadapan manakala nombor perlumbaan boleh dipilih  pelanggan.

image.pngimage.png

Selain warna merah ikonik Rosso Scuderia, pembeli juga boleh memilih Piloti 296 Speciale ini dalam warna istimewa lain seperti Blu Tour De France, Nero Daytona, dan Argento Nurburgring.

Nampaknya, tema permotoran diteruskan sehingga ke kabinnya dimana  tempat dudukna dibalut dengan upholsteri Alcantara hitam khas yang dihiasi aksen kuning kontras serta tali pinggang keledar berwarna kuning. 

Selain itu, terdapat juga  elemen gentian karbon, termasuk lambang peringatan khas, ambang pintu gentian karbon dengan ukiran peribadi dan nombor livery turut dipaparkan.

image.pngimage.png

Memandangkan pakej Piloti ini secara asasnya adalah pakej rekaan peringatan, Piloti 296 Speciale tidak menerima sebarang peningkatan prestasi berbanding model standard. Ia masih dikuasakan oleh enjin 3.0-liter V6 twin-turbo plug-in hibrid (PHEV) dimana ia  menghasilkan output gabungan sebanyak 868 hp. 

Dipadankan dengan kotak gear DCT 8-kelajuan, 296 Speciale mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 2.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 330 km/j, manakala pek bateri 7.45-kWh memberikannya jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 25 km.

image.png

Piloti Ferrari 296 Speciale serba baharu ini bukanlah model edisi khas Le Mans pertama dan satu-satunya yang pernah dihasilkan oleh Ferrari, memandangkan pengeluarnya perna =h mencipta model khas berasaskan SF90 untuk perlumbaan 2023. 

Apapun, kami yakin bahawa Piloti 296 Speciale ini bukanlah model edisi khas Le Mans terakhir dari Ferrari.


Gallery

Tag:

Ferrari
Piloti Ferrari 296 Speciale
Le Mans Hypercar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

10-02-2026
Kereta Baru

29-10-2025
EV

09-10-2025
Global

08-10-2025
Global

10-09-2025
Global

20-08-2025
Global

03-07-2025
Berita Auto

01-07-2025

Berita Terkini

Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026
Global

MG Cipta Rekod, Jual Lebih 1 Juta Kereta Di Pasaran Eropah, UK

enama MG milik SAIC telah menjadi jenama kereta pertama China yang mencapai jualan terkumpul melebihi satu juta kenderaan di Eropah dan UK.

24-02-2026
Global

Tata Punch EV Facelift 2026 Dilancar, Harga Marhaen, Tapi Bateri Dijual Asing

Tata Motors melancarkan secara rasminya, Punch EV Facelift 2026, ke pasaran tempatan, baru-baru ini.

24-02-2026