Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ferrari 296 Speciale Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 868 HP, Pecutan 2.8 Saat! Dari RM4.288 Juta

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-56.jpg


Segmen supercar Malaysia dimeriahkan dengan ketibaan rasmi Ferrari 296 Speciale. Model siri khas ini telah dipertontonkan oleh Ital Auto, pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia dalam satu acara yang diadakan di bilik pameran Ferrari di Four Seasons Place, Kuala Lumpur, awal hari ini. 


Teknologi Hibrid: Enjin V6 Turbo 868 HP


CariCarz_Presentation_Ferrari-296-Speciale_-07.jpgCariCarz_Presentation_Ferrari-296-Speciale_-05.jpgCariCarz_Presentation_Ferrari-296-Speciale_-02.jpgCariCarz_Presentation_Ferrari-296-Speciale_-04.jpg


Ferrari 296 Speciale didatangkan dengan sistem hibrid luar biasa yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan motor elektrik untuk kuasa maksimum yang menakjubkan.


Jentera berprestasi tinggi ini dijana oleh nadi pembakaran dalaman (ICE) V6 turbo yang berkapasiti 2,992cc. Enjin ICE itu sendiri sudah pun mampu menghamburkan kuasa setinggi 515 kW (690 hp/700 cv) pada 8,000 rpm. 


CariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-32.jpgCariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-23.jpg

CariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-20.jpgCariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-50.jpg


Namun, apabila digabungkan dengan motor, kuasa keseluruhan melonjak kepada 648 kW (868 hp/880 cv), diiringi tork maksimum setinggi 755 Nm yang dicapai pada 6,000 rpm. Kuasa luar biasa ini disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik DCT F1 dwi-klac 8 kelajuan. 


Kuasa penuh 868 hp ini boleh dicapai apabila eManettino (tombol mod pemanduan) ditetapkan dalam mod ‘Qualify’ dengan fungsi extra boost diaktifkan. Fungsi ini direka untuk memberikan lonjakan kuasa maksimum semasa keluar selekoh bagi mengurangkan masa pusingan litar.


Prestasi Mendebarkan: Lebih 330 KM/J!


CariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-35.jpg

CariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-39.jpgCariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-38.jpg


Jentera berprestasi tinggi ini direka untuk ‘nikmat pemanduan sebenar’ (pure driving pleasure), dengan kemampuan pecutan yang meletakkannya setanding dengan kereta lumba:

  • Pecutan 0-100 km/j: 2.8 saat (Mengalahkan banyak supercar yang terdapat di pasaran).
  • Pecutan 0-200 km/j: 7.0 saat.
  • Kelajuan Maksimum: > 330 km/j.
  • Nisbah Berat/Kuasa Kering: 1.60 kg/cv (Sangat ringan dan lincah).

Bagi mengawal sistem trenkuasa berprestasi tinggi ini, 296 Speciale dilengkapi sistem brek seramik karbon (CCM) bersaiz 398 mm (hadapan) dan 360 mm (belakang), membolehkan ia berhenti sepenuhnya dari 200 km/j dalam hanya 106 meter.


Sebagai sebuah model hibrid plug-in, 296 Speciale dibekalkan dengan pek bateri kecil yang membolehkannya bergerak dalam mod elektrik tulen. Bateri yang digunakan berkapasiti kecil, 7.45 kWj, dengan jarak elektrik maksimum 25 km. Kuasa maksimum yang boleh dicapai dalam mod eDrive ialah 113 kW (152 hp/154 cv).


Aerodinamik & Ringan ‘Melampau’ Untuk Kelincahan Maksimum 


CariCarz_Presentation_Ferrari-296-Speciale_-09.jpg


Untuk meningkatkan kelincahan, Ferrari telah mengambil langkah drastik dalam usaha mengurangkan berat sehingga berjaya menghasilkan enjin V6 yang kira-kira 9 kg lebih ringan daripada  enjin pada 296 GTB. Selain itu, model ini mempunyai berat kering hanya 1,410 kg. Ia turut dilengkapi dengan penyerap hentak single-rate Multimatic yang diambil dari model 296 GT3, serta spring titanium untuk meminimumkan berat keseluruhan.


Selain itu, Ferrari 296 Speciale dibangunkan dengan keupayaan downforce sebanyak 435 kg pada 250 km/j, peningkatan 20% berbanding 296 GTB, untuk cengkaman maksimum, dibantu oleh spoiler belakang aktif yang memastikan kestabilan optimum.


Dari segi rekaan, sudut hadapan kini dilengkapi splitter dan komponen ambilan udara yang lebih ekstrem, manakala bahagian belakang diserlahkan dengan pemasangan dua sayap sisi baharu.


CariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-18.jpgCariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-11.jpgCariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-26.jpgCariCarz_Viewing_Ferrari-296-Speciale_-55.jpg


Di bahagian dalaman, aura  model versi eksklusif Ferrari terserlah dengan penggunaan gentian karbon dan Alcantara di pelbagai sudut kabin. Antara kelengkapan yang disediakan adalah termasuk meter digital sepenuhnya, sistem audio HiFi, dan logo eksklusif, 296 Speciale, yang diletakkan pada papan pemuka.


Harga Jualan Di Pasaran Malaysia


Ferrari 296 Speciale ditawarkan di pasaran pada harga bermula daripada RM4.288 juta untuk versi coupe, 296 Speciale, dan RM4.888 juta untuk versi convertible, 296 Speciale A. Harga ini adalah termasuk cukai dan duti import (tidak termasuk sebarang pilihan tambahan, kos pendaftaran dan insurans).

Gallery

Tag:

Ferrari 296 Speciale
Ferrari
Ferrari Malaysia
Ital Auto
Ital Auto Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!

Ferrari 296 Speciale – PHEV Paling Liar, Cecah 868 HP!

Selepas hampir empat tahun berada di pasaran, Ferrari 296 akhirnya menyertai barisan eksklusif model "Speciale".

30-04-2025
EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV
Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
Berita Auto
VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

VIP, Ahli Politik Antara Tak Bayar Cukai Jalan

Golongan kenamaan, termasuk ahli politik, antara pemilik kenderaan mewah yang gagal memperbaharui cukai jalan, dengan jumlah tunggakan mencecah hampir RM35.7 juta.

25-09-2025
Berita Auto
OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

OPS Luxury: JPJ Sita 104 Kereta Mewah, Ramai Betul Lupa Perbaharui Cukai Jalan, Insurans

JPJ menyita 104 kenderaan mewah lagi gara-gara tidak mempunyai cukai jalan dan insurans dalam Op Luxury yang dijalankan di seluruh negara, baru-baru ini.

11-08-2025
Global
Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Ferrari 296 GT3 Evo Didedahkan – Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Selepas hampir tiga tahun sejak pelancaran Ferrari 296 GT3, kereta lumba ini kini tiba dalam versi terbaru, Ferrari 296 GT3 Evo.

01-07-2025
Berita Auto
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti

Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.

24-06-2025
Global
Ferrari Perkenal  Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari Perkenal Ferrari 296 Speciale Piloti, Inspirasi Daripada 499P?

Ferrari 296 Speciale Piloti ini sebenarnya hanya ditawarkan kepada pelanggan yang terlibat secara langsung dalam aktiviti perlumbaan rasmi.

17-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max 2026: Ada 9 Varian

Isuzu D-Max ada 9 varian, mana satu pilihan anda?

02-04-2026
Kereta Baru
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026  Kini Di Malaysia – RM198,000

Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000

Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.

02-04-2026
Kereta Baru
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Kereta Baru
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026