Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Proton Melonjak Mei Lalu Sebab Proton X70, Proton X50 Laku Keras

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

PROTON melabuhkan tirai untuk bulan Mei lalu  dengan mencatatkan 13,328 unit terjual (domestik,eksport, smart, Proton e.MAS), 6.1% lebih tinggi berbanding Mei 2024, peningkatan jualan bulan ketiga berturut- turut. 

Untuk tiga bulan terakhir (Mac-Mei), jualan tahun ke tahun telah meningkat sebanyak 10% untuk jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 61,087 unit. 

Peganganan pasaran bulan Mei pula dijangka berada di 19.2% daripada anggaran Jumlah Industri (TIV) sebanyak 69,495 unit dengan pegangan pasaran YTD juga dianggarkan sebanyak 19.2%.

image.pngimage.png

Jualan kereta pada tahun ini dikatakan melonjak disebabkan  Proton X50 dan Proton X70, yang telah mencatatkan jualan laris sejak pengenalan varian diperbaharui pada tahun lalu. 

Jualan eksport yang kukuh juga memberi sumbangan, kini 36.6% lebih tinggi daripada 2024, manakala Proton e.MAS 7 mendahului jualan EV untuk bulan kelima berturut-turut pada Mei,selain mencatatkan jualan melebihi 900 unit buat pertama kali.

Dari segi prestasi jualan, Proton X70 mencatat peningkatan paling ketara apabila jualan naik sebanyak 44% dan menutup bulan dengan 982 unit.SUV segmen-C itu kini mencatatkan lonjakan 53.1% berbanding jumlah jualan YTD bagi 2024

image.png

Selain Proton X70, Proton X50 turut mencatat prestasi kukuh dengan tambahan 2,198 unit pada Mei, sekali gus meningkatkan jumlah jualan YTD kepada 9,704 unit. 

Jualan ini meletakkannya di kedudukan teratas dalam segmen SUV-B, selain mencatatkan peningkatan 14.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Situasi serupa turut dilihat pada Proton X90, apabila SUV segmen-D premium itu mencatat peningkatan jualan sebanyak 15.5% kepada 224 unit.

Sementara itu, jualan bagi tiga model sedan Proton meningkat seiring dengan model SUV. 

Jualan model sedan segmen-A, Proton Saga, mencapai 5,513 unit pada bulan Mei, peningkatan sebanyak 5.8% berbanding bulan

April. Proton Persona, model sedan segmen-B, mencapai 1,385 unit pada bulan Mei, peningkatan sebanyak 4.3%

Bagi sedan segmen-C pula, Proton S70 terus mendahului segmen dengan peningkatan sebanyak 2.7% kepada 1,763 unit. 

Proton Iriz juga telah meningkatkan jualannya pada bulan Mei sebanyak 14.1% kepada 331 unit untuk mengekalkan kedudukannya sebagai hatchback segmen-B yang keempat paling popular di Malaysia.

Bagi segmen EV, Proton e.MAS 7 mencapai volum jualan tertinggi baru yang mengukuhkan kedudukannya sebagai EV terlaris di Malaysia. Sebanyak 916 unit SUV EV premium segmen-C itu telah dijual di pasaran domestik dan antarabangsa.

image.png

Tahun 2025 menyaksikan pelbagai inisiatifbagi memperluaskan pasaran di luar negara, bermula dengan pelancaran CKD Proton Saga versi pemanduan sebelah kiri (LHD) untuk pasaran Mesir serta dua aktiviti mengutamakan e.MAS 7 di Nepal dan Singapura.

image.pngimage.png

Pada bulan Jun, PROTON akan memperkenalkan kenderaan EV di Trinidad & Tobago yang merupakan pasaran eksport kedua selepas Nepal, yang akan meningkatkan jumlah eksport e.MAS 7 melebihi 233 unit setakat ini.

Model eksport utama adalah Proton Saga dengan 710 unit, diikuti oleh Proton X50 yang telah mencatatkan peningkatan jualan eksport YTD sebanyak 360% kepada 694 unit.


Gallery

Tag:

Proton X70
Proton X50
S70
Proton Saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

11-04-2026
Pandu Uji

09-01-2026
Kereta Baru

08-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

05-06-2025
Berita Auto
Berita Auto
Teknologi

16-10-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026
Berita Auto

Rasmi: Proton X50 Kini Ditawarkan Dengan Warna Quartz Black Untuk Semua Varian Bermula April 2026

PROTON secara rasmi memperkenalkan warna Quartz Black sebagai pilihan warna tetap untuk semua varian Proton X50 bermula April ini.

10-04-2026
Berita Auto

UPSI Lakar Sejarah, Perkenal Bas Kaunseling Bergerak Pertama Di Malaysia

Bas pendidikan UPSI diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai platform First Mobile Mental Health Counseling Program di negara ini.

09-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026