Link Copiedcheck_circle
Global

Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Koenigsegg-SadairsSpear-5.jpg


Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear. Model ini adalah versi terhad yang dibangunkan dengan prestasi litar berasaskan model Jesko, namun masih mengekalkan status sah digunakan di jalan raya seluruh dunia.


Berbeza dengan Jesko yang dinamakan sempena bapa pengasas syarikat, Christian von Koenigsegg, Sadair’s Spear pula diambil sempena nama kuda lumba yang ditunggang oleh Jesko von Koenigsegg dalam perlumbaan terakhirnya pada tahun 1976.


Kuasa Enjin Lebih Mantap, Badan Lebih Ringan


Koenigsegg-SadairsSpear-6.jpgKoenigsegg-SadairsSpear-9.jpg


Sadair’s Spear menggunakan enjin V8 5.0 liter turbo kembar yang sama seperti Jesko, tetapi diberikan talaan semula dan sistem penyejukan yang lebih baik. Kuasa maksimum jentera ini cukup menggerunkan, mencecah 1,300 hp dengan petrol biasa dan mencecah 1,625 hp apabila menggunakan bahan api E85 ethanol. Transmisi eksklusif Light Speed Transmission (LST) tanpa flywheel menyalurkan kuasa kepada roda belakang (RWD).


Menyedari bahawa kuasa tinggi tidak cukup, Koenigsegg mengambil langkah mengurangkan berat Sadair’s Spear sebanyak 35 kg berbanding Jesko, menjadikan beratnya hanya 1,385 kg. Hasilnya, nisbah kuasa-ke-berat hypercar ini melebihi nisbah 1:1 yang dicapai oleh Koenigsegg One:1.


Koenigsegg-SadairsSpear-7.jpg


Sadair’s Spear mencatatkan masa 1.1 saat lebih pantas berbanding Jesko Attack di litar Gotland Ring, Sweden. Walaupun masa pecutan 0-100 km/j belum diumumkan, Koenigsegg mendakwa kelajuan maksimum boleh mencecah 360 km/j.


Untuk menyokong kuasa dan pengurangan berat, model ini dilengkapi suspensi dengan spring lebih ringan dan penyerap hentak Triplex yang dibangunkan sendiri oleh Koenigsegg. Sistem brek pula menggunakan brek karbon-seramik berlapis dengan pad yang diperkuat untuk kuasa hentian yang lebih baik.


Pelbagai Ciri Aerodinamik Canggih


Koenigsegg-SadairsSpear-8.jpg


Sadair’s Spear menampilkan beberapa peningkatan aerodinamik, termasuk spoiler belakang aktif dengan dua bilah yang baharu. Ia digabungkan dengan komponen aerodinamik bawah lantai (underfloor strakes) dan bukaan udara pada lengkungan roda untuk menghasilkan daya ke bawah untuk kestabilan (downforce) sehingga 1,765 kg, atau 850 kg pada kelajuan 250 km/j.


Koenigsegg-SadairsSpear-1.jpgKoenigsegg-SadairsSpear-4.jpg


Rekaan luaran turut menerima sentuhan baharu seperti canards depan yang direka semula, pengudaraan hud, komponen ambilan udara sisi, ekor belakang yang lebih panjang, serta rim karbon Aircore bersaiz 20 inci di depan dan 21 inci di belakang. Rim ini dipadankan dengan tayar Michelin Pilot Cup 2, dengan pilihan tayar lebih cengkaman Pilot Cup 2 R untuk kegunaan litar.


Kabin Fokus Litar Dengan Sentuhan Moden


Koenigsegg-SadairsSpear-10.jpgKoenigsegg-SadairsSpear-2.jpg


Di bahagian kabin, Sadair’s Spear dipasangkan dengan tempat duduk gentian karbon penuh serta tali pinggang keselamatan enam titik sebagai pilihan tambahan. Konsol tengah direka semula dan penebat dikurangkan untuk menjimatkan berat. Walaupun tampil ringkas, kabin ini masih dilengkapi kemudahan moden seperti skrin SmartCluster, pengecas tanpa wayar dan bantuan parkir bird’s-eye.


Edisi Terhad


Koenigsegg-SadairsSpear-3.jpg


Hanya 30 unit Koenigsegg Sadair’s Spear akan dihasilkan dan kesemuanya sudah ditempah oleh pembeli. Pengasas syarikat, Christian von Koenigsegg, menyifatkan hypercar ini sebagai “ditakdirkan untuk mencipta rekod” dan menegaskan bahawa “Keupayaan untuk mendominasi litar dengan kenderaan yang sah digunakan di jalan raya merupakan sesuatu yang benar-benar menakjubkan.”


Tag:

Koenigsegg
Sadair’s Spear
Koenigsegg Sadair’s Spear
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg

Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.

11-07-2025
Global

KOENIGSEGG CC850 2023, Kereta Manual, Tapi Power

Koenigsegg CC850 ditayangkan kepada umum.

23-08-2022
Berita Auto

Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.

10-09-2021

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025