Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Komuter, ETS Lewat, Rupanya Disebabkan Kecurian Kabel Lagi

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) lewat lagi, rupa-rupanya disebabkan tiga insiden kecurian kabel sistem semboyan dan komunikasi di laluan utara

Kecurian sepanjang 350 meter mengakibatkan kelewatan tren melebihi 60 minit bagi perkhidmatan Komuter Utara dan tren elektrik (ETS).

Perkara tu disahkan Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd Zain Mat Taha. Menurutnya,  antara lokasi yang terkesan ialah laluan Tapah Road – Sungkai (KM250.5) dengan anggaran kecurian paling ketara iaitu sekitar 200 meter.

"Ia diikuti kawasan Kamunting– Bukit Merah – Bagan Serai (KM87.25) sepanjang 110 meter, serta kawasan Simpang Ampat – Bukit Mertajam (KM15.5) membabitkan 40 meter kabel.

"Akibat daripada insiden ini, ia telah menjejaskan operasi tren yang mengakibatkan kelewatan ketara pada beberapa tren," katanya.

Antaranya: EP9172 (KL Sentral - Butterworth) - kelewatan sehingga 80 minit; EG9321 (Butterworth - Segamat) - kelewatan selama 115 minit; EX9107 (Butterworth - KL Sentral) -kelewatan sehingga 111 minit; EX9207 (Padang Besar - KL Sentral) - kelewatan sehingga 80 minit.

image.png

Selain itu termasuk jugak laluan tren EG9420 (Segamat - Padang Besar) - kelewatan sehingga 80 minit dan KTM Komuter Utara laluan Ipoh - Butterworth - Ipoh mengalami purata kelewatan 30 minit.

Menurutnya, sebagai langkah awal, pemakluman dibuat kepada penumpang menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) dan platform media sosial rasmi KTMB.

"Dari Januari sehingga Mei tahun ini, kecurian kabel telah mencatatkan hampir 45 kes di sektor Utara. Kecurian sebegini adalah satu bentuk sabotaj terhadap infrastruktur rel yang boleh mengancam keselamatan ratusan penumpang serta melumpuhkan sistem pengangkutan awam.

"Bagi langkah mitigasi, KTMB akan menambahbaik rangkaian sistem persemboyanan dengan anggaran kos sebanyak RM12.8 juta setahun dalam tempoh tiga tahun yang lebih tertumpu kepada kawasan titik panas," katanya.

Buat masa ini pemasangan penutup 'manhole' dengan mekanisma kunci keselamatan khas di hampir 21 lokasi turut dilaksanakan selain daripada menambah infrastruktur pemantauan dan pencegahan termasuk kamera litar tertutup (CCTV), dron dan memasang pagar keselamatan anti-panjat.

Sehubungan itu, KTMB menyeru kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa bagi membantu membanteras jenayah ini.

"KTMB juga memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami para penumpang dan terus komited memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan perkhidmatan tren demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.

Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
KTM Komuter
perkhidmatan tren elektrik (ETS)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PRN N9: KTMB Tawar Tren Tambahan

Pulang Mengundi Bebas Kesesakan: KTMB Tambah Perjalanan ETS & Komuter.

30-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026.

02-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026