Link Copiedcheck_circle
Global

Nahas Air India: Seorang Penumpang Terselamat, Juruterbang Sempat Hantar Isyarat Mayday

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Berpantang maut sebelum ajal!

Itulah perumpamaan tepat kepada seorang penumpang pesawat Air India yang terselamat daripada nahas itu semalam selepas pesawat berkenaan terhempas semasa dalam penerbangan ke London semalam.

Penumpang itu, Ramesh Vishwaskumar, 40, merupakan seorang warga Britain  dan telah menetap di London bersama isteri dan anaknya sejak 20 tahun lalu.

image.png

Memurutnya, dalam 30 saat selepas pesawat berlepas,dia terdengar  satu bunyi kuat.

Menurutnya adikinya, Nayan Kumar Ramesh,27, yang menetap di Leicester, dia ada menghubungi abangnya itu selepas nahas berkenaan.

"Kami cukup terkejut. Saya ada menghubunginya pada pagi semalam. Dia cuma memaklumkan dia (Ramesh) sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh keluar dari pesawat berkenaan," katanya.

Buat masa ini, tidak dapat dipastikan sama ada Ramesh sempat melompat sebelum pesawat itu terhempas atau selepas pesawat terhempas.

Ramesh dikatakan terselamat kerana duduk berhampiran dengan pintu kecemasan. Namun, kisah sedihnya itu belum berakhir kerana abangnya, Ajay Vishwaskumar, juga menaiki penerbangan sama, namun masih belum ditemui.

Sementara itu,  juruterbang pesawat itu sempat mengeluarkan isyarat kecemasan ‘mayday’ menerusi komunikasi radio sebelum hilang hubungan dengan menara Kavalan dan seterusnya terhempas.

Isyarat Mayday merupakan panggilan kecemasan antarabangsa yang menandakan situasi mengancam nyawa.

Pesawat jenis Boeing 787-8 Dreamliner milik India terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sardar Vallabhbhai Patel di Ahmedabad, Gujarat, India, semalam.

image.png

Pesawat malang itu terhempas di asrama sebuah kolej perubatan B.J milik kerajaan.

Buat masa ini, lebih 240 orang disahkan maut, termasuk beberapa individu di darat. Polis menyatakan jumlah korban awal iaitu 294 adalah kesilapan disebabkan pengiraan dua kali bahagian tubuh.

Gallery

Tag:

Air India plane crash
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026