Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Meterai Empat Perjanjian Bangunkan Komponen, Dua Lagi Perjanjian Teknikal

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Proton memeterai perjanjian dengan beberapa vendornya bagi mempercepatkan penyetempatan komponen bagi model Proton pada masa hadapan bagi segmen enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV).

Langkah itu diambil selepas mengumumkan secara rasmi rancangan untuk melancarkan beberapa model baharu.

Untuk itu, penubuhan rantaian bekalan komponen baharu ini dijangka akan membantu meningkatkan pengeluaran dan kos yang kompetitif untuk kenderaan PROTON generasi seterusnya.

Sebagai salah satu pembekal utama sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) kepada OEM di China seperti Geely, ZEEKR, Chery dan Volvo, Imotion Automotive akan membantu mempercepatkan pembangunan dan penggunaan sistemADAS untuk model AMA01. 

image.png

Rakan kongsinya di Malaysia, Delloyd Technology, merupakan pembekal utama untuk pelbagai jenama di negara ini dan juga vendor PROTON jangka masa panjang.

Untuk sistem brek, perjanjian telah ditandatangani antara PEPS JV (M) Sdn Bhd dan Liuzhou Sanly Autoparts Co Ltd.

Syarikat Malaysia, PEPS JV, akan memberi tumpuan kepada pengeluaran komponen, manakala rakan kongsinya Liuzhou Sanly bertanggungjawab untuk pemasangan modular komponen.

Kolaboratif ini akan mempercepatkan integrasi teknologi dan meningkatkan prestasi produk keseluruhan.

Kedua-dua sistem brek AMA01 dan X-Series akan mendapat manfaat daripada persetujuan ini, selain mendapat kelebihan dalam perolehan bahan mentah dan kecekapan komponen untuk menjadikan penyelesaian sistem brek lebih kos efektif.

image.png

Jiangsu Dekai Auto Parts Co Ltd mempunyai rekod prestasi dalam industri lampu automotif, dengan R&D yang kukuh, kejuruteraan, dan kemudahan pembuatan yang berpusat pada pengeluaran lampu kenderaan. 

Mereka telah menandatangani perjanjian usaha dengan JHM Consolidation Berhad yang telah mempunyai pangkalan pengeluaran yang kukuh di Malaysia.

Kolaborasi ini akan membantu JHM Consolidation Berhad dalam mengembangkan keupayaan dan menaik taraf aktiviti perniagaan mereka daripada pengeluar peralatan gantian (REM) kepada pengeluar peralatan tulen (OEM) untuk model Proton akan datang.

image.pngimage.png

Akhir sekali, perjanjian usahasama keempat antara Trillion Speed (M) Sdn Bhd dan Shanghai Yinlun Heat Exchange Systems Co Ltd. Sebagai pakar dalam sistem HVAC, Shanghai Yinlun komited untuk memacu pemindahan pengetahuan, memajukan teknologi, dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam ekosistem tempatan melalui kolaborasi mereka dengan Trillion Speed, vendor PROTON sejak sekian lama.

image.pngimage.png

Selain perjanjian usahasama, dua perjanjian teknikal turut dimuktamadkan, SHJ Interia Sdn Bhd dan Changchun Fawsn Automotive Trim Co Ltd telah menandatangani Perjanjian Teknikal untuk membangunkan dan memindahkan teknologi pembuatan baharu bagi komponen dalaman, terutamanya pelapik bumbung.

Pada masa yang sama, perjanjian itu juga merangkumi panduan untuk penubuhan kemudahan R&D SHJ sementara Changchun Fawsn meneroka peluang pelaburan di Malaysia melalui perkongsiannya dengan SHJ Interia.

Perjanjian teknikal kedua adalah antara Xenso Electronics Sdn Bhd dan Freetech Intelligent Systems Co. Ltd.

Perjanjian ini bertujuan untuk membangunkan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS), dan membolehkan pembangunan bersama sistem pengesan belakang serta sisi berketepatan tinggi untuk ciri seperti pemantauan titik buta dan bantuan penukaran lorong.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026