Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa? Ini Senarainya

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, banyak perkara bakal berlaku selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Bermula 1 Julai 2025, setiap bank di Malaysia akan mengenakan cukai sebanyak lapan peratus (8%) bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.

Antaranya seperti 

  • Pemindahan dana rentas sempadan.
  • Transaksi pelaburan.
  • Pengeluaran laporan khas.
  • Perkhidmatan nasihat tertentu.
  • Yuran perkhidmatan arranger/facility agent, yuran agensi, dan caj pentadbiran dalam pasaran hutang

Bagi sektor pendidikan, CP hanya dikenakan ke atas pendidikan swasta prasekolah, rendah dan menengah jika yuran tahunan melebihi RM60,000 seorang, manakala CP turut dikenakan ke atas pengajian tinggi bagi pelajar bukan warganegara. Pelajar tempatan dikecualikan sepenuhnya

Perkhidmatan jagaan kesihatan swasta pula akan dikenakan CP enam peratus khusus untuk bukan warganegara, manakala rakyat tempatan dikecualikan.

image.png

Wajib pakai tali pinggang keledar dalam bas.

Mulai esok juga, pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas pesiaran diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar.

Jika gagal berbuat demikian, mereka akan akan dikenakan kompaun RM300.

Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas dibina selepas Januari 2020, manakala bas dibina sebelum 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar.

Permit masuk kenderaan Singapura

Malah, , kerajaan bakal menguatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula esok  bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Untuk itu, kenderaan persendirian memasuki Malaysia tanpa VEP yang sah, mereka akan dikenakan denda RM300 dan denda itu perlu dijelaskan sebelum meninggalkan negara, termasuk disekat keluar.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa? Ini Senarainya

Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa? Ini Senarainya

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, banyak perkara bakal berlaku selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

30-06-2025
Berita Auto
Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian

Tambang RTS Link Belum Didedah Kerana Masih Dalam Kajian

RTS dijadualkan siap menjelang Disember 2026 dan beroperasi awal 2027.

30-06-2025
Berita Auto
“Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas

“Saman RM300 Untuk Pemakaian Tali Pinggang Keledar Terlalu Tegas” – Persatuan Bas

Saman RM300 terhadap pemandu dan penumpang bas ekspres yang tidak memakai tali pinggang keledar bermula 1 Julai ini dilihat sebagai tindakan terlalu drastik.

30-06-2025
Berita Auto
Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.

30-06-2025
Berita Auto
Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti

Rapid KL On-Demand: Kini Lebih Banyak Di Pusat Bandar, Berhampiran Universiti

Selain zon pusat bandar, tiga lagi zon turut diperkenalkan melibatkan laluan koridor pendidikan utama.

30-06-2025
Berita Auto
Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan

Amaran Keras Saman Tertunggak: Tepat 12 Tengah Malam Hari Terakhir 8 Julai, JPJ Akan Ambil Tindakan

"Kita beri jaminan tepat jam 12 tengah malam hari terakhir itu, pasukan JPJ akan berada di jalan raya bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan terbabit yang dikesan gagal melangsaikan saman tertunggak, - kata Ketua Pengarah JPJ.

30-06-2025
Berita Auto
Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

29-06-2025
Berita Auto
JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

JAC T9 EV Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records – Pikap Elektrik 4x4 Pertama

Trak pikap 4x4 elektrik JAC T9 EV yang dilancarkan di Malaysia awal tahun ini, telah mencipta sejarah setelah menerima pengiktirafan secara rasmi dalam Malaysia Book of Records (MBR).

29-06-2025