- Berita
- Berita Auto
- Tali Pinggang: Semua Bas Dibina Selepas Tahun 2020, Wajib Pasang Tali Pinggang
Tali Pinggang: Semua Bas Dibina Selepas Tahun 2020, Wajib Pasang Tali Pinggang

Semua bas yang dibina selepas 2020, sebenarnya sudah diwajibkan untuk memasang tali pinggang. Namun bas sewa khas yang terbabit dalam nahas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berumur 12 tahun dan ia dibina pada 2013.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, bas itu dibuat pada 2013 iaitu sebelum peraturan pemasangan tali pinggang penumpang berkuat kuasa selepas 2020.
"Namun semua bas baharu sekarang ini sudah dimandatorikan untuk memasang tali pinggang iaitu bagi semua bas yang dibina selepas 2020, wajib ada tali pinggang cuma dalam insiden yang berlaku itu, bas berumur 12 tahun dan ia dibina pada 2013 jadi tiada tali pinggang (penumpang)," katanya.
"Kita bukan tiada peraturan atau undang-undang, ada orang kata kita tiada undang-undang (sedangkan) ada undang-undang mewajibkan pemasangan dan juga pemakaian tali pinggang, tetapi cabaran adalah pematuhan bagaimana kita pantau pada setiap masa," katanya
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/