Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Pelanggan Terjatuh Dari Tingkat Tiga

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara tersilap tekan pedal minyak, seorang pekerja cuci kereta warga Afghanistan parah selepas kereta  pelanggan yang dipandunya melanggar tembok sebelum terjunam dari tempat letak kereta di tingkat tiga sebuah pangsapuri servis, di Jalan Klang Lama, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian  membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dipandu lelaki warga Afghanistan berusia 23 tahun.

"Siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta itu dipercayai hilang kawalan ketika mahu meletakkan kenderaan milik pelanggan selepas dicuci.

"Dia dipercayai tersilap menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan itu melanggar tembok dan terjatuh dari tingkat tiga sebelum menghempap dua kenderaan lain, iaitu Proton Iriz dan Perodua Myvi yang diparkir di bawah bangunan terbabit," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mujur, ketika kejadian, kedua-dua pemilik kereta berkenaan tiada di dalam kenderaan terbabit.

Di sebalik kejadian ini, penulis sememangnya  akan membantu pekerja cuci kereta setiap kali untuk mengalihkan kenderaan untuk dilap kerana rata-rata pekerja cuci kereta yang merupakan warga asing  dilihat sukar untuk mengendalikan kereta terutama kereta manual.

Apa pula pengalaman anda? Kongsikan.



Gallery

Tag:

cuci kereta
Toyota Camry
Perodua Myvi
Proton Iriz
Jalan Klang Lama
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS

Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.

27-10-2025
Berita Auto

Toyota Camry Bapa Mentua Dilarikan Dari Pusat Cuci Kereta

Seorang lelaki yang membawa kereta milik bapa mentuanya untuk dicuci di sebuah pusat cuci kereta di Johor Bahru terkejut besar apabila dimaklumkan ia sebenarnya sudah dilarikan oleh seorang lelaki lain yang mendakwa rakannya.

09-09-2025
Berita Auto

Kerajaan Pulau Pinang Beli 15 Buah Toyota Camry Untuk Kegunaan Rasmi

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membeli 15 kenderaan baharu jenis Toyota Camry 2.5V (AT) (CBU) bernilai RM3,311,895 bagi menggantikan kereta rasmi yang dibeli pada 2020.

22-05-2025
Berita Auto

UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT

Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.

01-05-2025
Berita Auto

Tragedi Aidilfitri: Tayar Lori Pecah Punca 5 Nyawa Melayang!

Pemandu treler kontena ditahan untuk siasatan.

28-03-2025
Global

Toyota Camry Generasi Ke-9 Hadir Dalam Edisi Khas 'Glorious Edition' Di China – Lebih Canggih & Mewah

Keterujaan masih terasa sejak ketibaan Toyota Camry generasi kesembilan di acara automotif KLIMS 2024 pada awal bulan ini.

27-12-2024
Berita Auto

Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid

Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.

23-12-2024
Berita Auto

Jualan UMWT Cecah 8,500 Unit Bulan Lepas

Hasil jualan yang positif ini juga menjadikan jumlah volum Tahun-ke-Tarikh (YTD) kini berada di sekitar 89,500 unit.

13-12-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026