Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota GR86 Dengan Livery JPJ & PLUS Curi Perhatian

Sofea Najmi

Kongsi melalui

511190783_1635392823993553_1168065510616857382_n.jpg


Sebuah Toyota GR86 yang ‘segak’ dengan livery Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PLUS Malaysia menarik perhatian ramai di media sosial. Kereta sport ini dilihat sedang diturunkan daripada sebuah lori pengangkut kenderaan di North Paddock, Litar Antarabangsa Petronas Sepang (Petronas SIC). 


Kenapa Toyota GR86?


Screenshot-2025-06-26-094502.jpg


Model ini digunakan bukan untuk penguatkuasaan di luar, tetapi sebagai kenderaan keselamatan rasmi bagi acara perlumbaan besar-besaran baharu, GR86 Cup Malaysia, di Super GT Malaysia 2025 yang menggegarkan litar minggu in. Jentera dengan logo JPJ ini bakal dipandu oleh pelumba berpengalaman tempatan, Faidzal Alang, yang mengesahkan peranannya dalam satu kenyataan di Facebook.


Yang lebih menarik, JPJ dan PLUS Malaysia menjadi penaja rasmi siri ini, satu peranan yang jarang dilihat daripada badan penguatkuasaan dalam arena sukan permotoran.


Spesifikasi Kereta Keselamatan GR86 Cup


510538635_1635393100660192_1228443460270895864_n.jpg512662732_1635392837326885_310051961157409383_n.jpg


Kereta keselamatan ini adalah sama seperti kereta lumba GR86 Cup yang bertanding dalam siri tersebut. Ia diimport terus dari Jepun dan dijual secara eksklusif oleh Haro Sports pada harga RM208,315, termasuk cukai jualan dan permit sukan permotoran (AP Motorsports). Namun, kereta ini tidak sah digunakan di jalan raya.


498176971_18476044177069307_3941513918817921025_n-full_normal.jpg


Hanya 30 unit ditawarkan secara eksklusif kepada pembeli terawal. Sebagai perbandingan, model GR86 biasa yang dijual oleh UMW Toyota Motor bermula daripada harga RM295,000 (manual) dan RM305,000 (automatik).


Baca: Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?


Di bawah hud, GR86 Cup menggunakan enjin 2.4 liter empat silinder aspirasi natural yang sama, tetapi dengan pemetaan pedal pendikit (throttle) yang diubah suai dan ekzos prestasi Fujitsubo. Kuasa yang dihasilkan ialah 228 hp dan tork 250 Nm. Transmisi manual enam kelajuan kekal sama, tetapi diperbaharui dengan klac sporty Cusco dan sistem penyejuk transmisi. Diferensial Torsen membantu mengawal cengkaman roda belakang.


Pengendalian dipertingkatkan dengan suspensi KW Racing, penyerap hentak TRD dan stereng kuasa elektrik yang diberikan talaan semula. Sistem brek pula menggunakan kaliper empat piston monoblok Advics di hadapan dan dua piston di belakang. Kereta ini menggunakan rim aloi tempaan Raxer RP10X 17 inci dengan tayar Bridgestone Potenza RE-71RS bersaiz 225/45R17.


498017682_18476044132069307_6316837028073761691_n-full_normal.jpg499122717_18476044159069307_8125612058675005155_n-full_normal.jpg


Bahagian dalam kabin dipasang dengan peralatan keselamatan perlumbaan termasuk sangkar keselamatan yang disahkan JAF, tempat duduk bucket Bride ZETA dengan tali pinggang enam titik dan sistem pemadam api. Berat keseluruhan kereta bersama pemandu sekitar 1,290 kg, mematuhi peraturan MTCC TP2 2025.

Ingin memeriahkan hujung minggu ini? Tiket untuk acara Super GT Malaysia 2025 yang berlangsung bermula hari ini, 26 hingga 28 Jun nanti,  boleh dibeli melalui laman web rasmi Super GT Malaysia pada harga bermula dari RM100. 

web_GR86-Cup-Japan-NEW-2-full.jpg

Tag:

Toyota GR86
Toyota GR86 Cup Car
JPJ
PLUS Malaysia Berhad (PLUS)
Super GT Malaysia 2025
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Barisan Kereta Lumba GR86 Cup Cars Tiba Di Malaysia – Apa Yang Berbeza?

Kehadiran barisan jentera perlumbaan Toyota GR86 Cup Car ke tanah air mencuri perhatian.

23-05-2025
Berita Auto

Toyota GR86 Cup Car Kini Dijual Di Malaysia – Hanya Ada 30 Unit, Berharga RM208,315

Kesemua unit GR86 Cup Car yang diimport sepenuhnya dari Jepun mematuhi peraturan teknikal yang ditetapkan.

06-05-2025
Global

Keanu Reeves Rupanya Pelumba Hebat! GR86 Meluncur Laju Semasa Toyota GR Cup Series

Keanu Reeves baru-baru ini mempertontonkan kemampuannya sebagai pelumba yang hebat dalam siri perlumbaan profesional Toyota GR Cup Series.

07-10-2024
Kereta Baru

Tempahan Toyota GR86 2024 Kini Dibuka – Dari RM295K

UMW Toyota Motor (UMWT) kini juga membuka tempahan untuk Toyota GR86 2024.

16-08-2024
Global

Toyota GR86 2025 Diperkenalkan Di Jepun, Ada Edisi Khas "Ridge Green Limited" Yang Elegan!

Toyota GR86 2025 diperkenalkan di Jepun. Apa yang menarik?

15-07-2024
Pandu Uji

Toyota GR86: Wanita Pun Boleh Pandu, Tak Susah Mana

Pada bulan lepas, penulis diberi kesempatan untuk menguji keupayaan Toyota GR86.

01-03-2024
Berita Auto

Tiada Lagi Toyota GR Selepas Ini? Ini Kata Ketua Jurutera Toyota GR86...

Model prestasi tersebut (GR86) merupakan kereta GR Performance yang terakhir.

07-10-2022
Berita Auto

Ramai Betul Tak Bayar Saman JPJ, JPJ Tawar Diskaun Saman 50% Pun Masih Liat Nak Bayar?

JPJ mendedahkan sebanyak 5.5 juta saman tertunggak atas pelbagai kesalahan lalu lintas di seluruh negara masih belum dijelaskan orang ramai setakat ini.

07-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025