Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

10,000 Kuota MyLesen B2 Ditambah, Menteri Minta Pihak Sekolah Kenal Pasti Pelajar Tiada Lesen

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meneruskan program MyLesen B2 dengan penambahan 10,000 kuota peserta bagi separuh tahun kedua ini.

Ia sebagai langkah membantu golongan berpendapatan rendah dan juga pelajar mendapatkan lesen secara sah.

image.png

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, langkah itu menyusul selepas kejayaan fasa pertama program berkenaan yang melibatkan lebih 15,000 peserta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Fasa baharu ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta yang disalurkan menerusi inisiatif Kementerian Pengangkutan. 

“Setiap peserta akan menerima latihan penuh melibatkan modul Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01), Praktikal di Jalan Raya (KPP03), dengan nilai sekitar RM350 seorang.

“Tambahan kuota ini bukan sahaja akan membuka peluang kepada lebih ramai belia untuk memiliki lesen secara sah malah dapat membantu mengurangkan kes-kes penunggang tanpa lesen yang menjadi salah satu punca utama kemalangan jalan raya,” katanya.

image.png

Anthony Loke turut menggesa kerjasama rapat daripada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyenaraikan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah dan mengenal pasti status lesen mereka.

“Sekolah ada semua maklumat pelajar. Kami minta mereka bantu kenal pasti pelajar yang belum ada lesen. Ini bukan untuk menghukum, tetapi untuk bantu mereka dapatkan lesen secara sah,” katanya. 

Beliau turut menyatakan bahawa penglibatan pihak sekolah amat penting, khususnya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar, di mana ramai pelajar dilaporkan menunggang motosikal tanpa lesen kerana keperluan pergerakan ke sekolah.

image.png

“Lesen yang diperoleh secara percuma boleh dibatalkan serta-merta jika disalah guna untuk aktiviti seperti lumba haram atau “rempit", ujarnya



  


Gallery

Tag:

Mylesen B2
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026