- Berita
- Berita Auto
- 4 Lelaki Diburu, Terlibat Kes Bakar 5 Kereta Mewah
Empat lelaki diburu dipercayai terlibat kes bakar kenderaan di sebuah rumah di Bandar Tropicana Aman, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, pagi tadi.
Antara model kereta yang dibakar tidak didedahkan bagaimanapun, perbuatan khianat itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati pemilik kenderaan merupakan lelaki tempatan dan ketika kejadian berlaku mangsa dan keluarga tidak berada di rumah.
"Dalam kejadian ini, mangsa telah mengalami kerugian kira-kira RM1.6 juta akibat kerosakan bahagian hadapan rumah selain lima kenderaan mewah.
"Siasatan mendapati empat suspek lelaki telah membakar kereta milik mangsa," katanya.
Buat masa ini, polis giat mengesan kesemua suspek terlibat untuk tindakan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat menggunakan api.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/