- Berita
- Berita Auto
- Halang Laluan Di Lebuhraya, Polis Buru 3 Pemandu Terlibat
Tular di media sosial yang menunjukkan tiga buah kereta dirakam menghalang laluan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pedas-Linggi, Rembau, baru-baru ini.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Superintenden Hasani Hussain menegaskan pihaknya sedang memburu ketiga-tiga pemandu berkenaan.
"Ia mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain terutamanya di lebuh raya yang mempunyai aliran trafik berkelajuan tinggi.
"Tindakan sedemikian bukan sahaja melanggar undang-undang, malah berpotensi menyebabkan kemalangan maut," katanya.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Noor Fathiah Ak'Dilah Ishak di talian 010-5825384 atau Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Siti Nur Balqes Abdul Rahim di talian 019-7992519, atau menghubungi terus Bilik Gerakan IPD Rembau di 06-6851999.
Gallery


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/