Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Allianz Anjur Program Latihan Keselamatan Untuk Rider P-Hailing

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) telah bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan beberapa platform p-hailing bagi menekankan kepentingan keselamatan penunggang motosikal terutamanya dalam industri p-hailing.

Ini kerana golongan penunggang motosikal  yang menceburi sektor P-hailing dilihat terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya.

image.png

Jadi, sebagai peneraju dalam perlindungan, Allianz Malaysia menyatakan komitmennya dalam menambah baik keselamatan penunggang melalui kerjasama strategik bersama Foodpanda Malaysia, Lalamove Malaysia dan Grab Malaysia.

Forum Media Allianz Malaysia 2025 yang diadakan pagi tadi menampilkan perbincangan panel dengan wakil dari MIROS dan platform p-hailing terkemuka, termasuk Lalamove Malaysia, Foodpanda Malaysia dan Grab Malaysia.

Para pakar industri  bertukar pandangan  mengenai cabaran semasa yang dihadapi oleh sektor p-hailing dan membincangkan usaha bersama untuk memperbaiki keselamatan penunggang.

Untuk itu, Allianz Malaysia menyatakan bahawa pihaknya akan mengadakan dua program latihan yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan penunggang motosikal P-hailing.

image.png

Program yang mendapat kerjasama daripada Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya akan memberi tumpuan kepada latihan keselamatan penunggang dan dan kelangsungan hidup dalam kecemasan jalan raya bersama syarikat p-hailing.

Ia sebenarnya bertujuan untuk membekalkan penunggang dengan kemahiran dan pengetahuan penting untuk menavigasi jalan dengan selamat. 

Program kedua yang akan dilaksanakan ialah untuk olongan pelajar universiti awam dan swasta yang menunggang motosikal.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang menyifatkan keselamatan penunggang motosikal adalah tanggungjawab bersama. 

"Kami komited bukan hanya untuk menyediakan penyelesaian insurans tetapi juga secara aktif menyumbang kepada kesejahteraan komuniti di sekitar kami. Kami mahu berbakti kepada masyarakat dengan melaksanakan dan menyokong inisiatif keselamatan penunggang yang akan meningkatkan keselamatan dan keselamatan untuk semua pengguna jalan raya," katanya.

image.png

Sementara itu,  Pengarah Pusat Faktor Manusia dan Tingkah Laku Pengguna Jalan Raya (HUB) di MIROS Ir. Ts. Azhar Hamzah berkata, misi mereka di MIROS adalah untuk memastikan keselamatan jalan raya untuk semua. 

"Kami percaya bahawa keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama, dan melalui penyelidikan kami, yang bertujuan untuk mendedahkan risiko dan cabaran yang dihadapi oleh pengguna jalan raya serta mengenal pasti potensi penyelesaian untuk meningkatkan keselamatan penunggang dan menyokong sara hidup keluarga mereka selain kita boleh mengubah pandangan menjadi tindakan yang lebih berkesan," ujarnya.

Sehubungan itu, Allianz Malaysia akan terus  menjaga masa depan dan meningkatkan keselamatan jalan raya melalui langkah-langkah proaktif dan kerjasama strategik.

Forum Media Allianz Malaysia 2025 dan program latihan yang akan datang adalah langkah penting ke arah mewujudkan persekitaran yang selamat untuk komuniti p-hailing Malaysia serta komuniti yang lebih luas.

Gallery

Tag:

Allianz Malaysia
Lalamove Malaysia
Foodpanda
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Lalamove Lancar Van Elektrik Baharu, Sesuai Untuk Kegunaan Bandar, Tapi Belum Masuk Malaysia

Lalamove mengorak setapak ke hadapan apabila mula menceburi bidang pembuatan kenderaan elektrik (EV) dengan melancarkan jenama sendiri, DuoLa Auto, baru-baru ini.

19-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026