- Berita
- Berita Auto
- Bas.My Kini Di Perlis, MARA Liner Pengendali Rasmi
Bas.My Kangar pula dilancarkan di Kangar, Perlis semalam dimana MARA Liner Sdn Bhd menjadi pengendali rasmi bagi rangkaian perkhidmatan bas itu di negeri terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner, Zachary Ismail, berkata perkhidmatan My.Bas Kangar menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Kerajaan MADANI memperkasakan perkhidmatan pengangkutan di luar bandar.
Perkhidmatan itu adalah sebahagian kesinambungan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-Henti (SBST) yang kini berwajah baharu bawah jenama Bas.My.
"Kami menyambut amanah ini dengan penuh tanggung jawab."MARA Liner bukan saja menyediakan perkhidmatan bas, malah ia turut dilengkapi sistem sokongan lengkap serta inisiatif pendigitalan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
Zachary berkata, pihaknya melengkapkan penggunaan 100 peratus penggunaan bas mini baharu, termasuk model bas mesra orang kelainan upaya (OKU) yang berlantai rendah.
"Kita menggunakan sistem pengurusan armada berasaskan GPS masa nyata untuk pemantauan prestasi, selain melancarkan aplikasi 'Journey Planner' yang membolehkan pengguna menyemak waktu dan lokasi bas dengan mudah.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/