Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Caltex Malaysia Kini Tawarkan Pelincir Enjin Khas Untuk Kereta Hibrid

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Caltex Malaysia memperkenalkan pelincir enjin baharu dalam rangkaian produk Caltex Havoline, iaitu Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20. Pelincir ini direka khas untuk memenuhi keperluan enjin kenderaan hibrid yang semakin popular di Malaysia.


Permintaan Terhadap Pelincir Khusus Untuk Enjin Hibrid


web_Caltex-Havoline-Hybrid.jpg


Menurut Pengerusi Caltex Malaysia, Dean Gilbert, kenderaan hibrid semakin menjadi pilihan ramai pemandu tempatan. Ini menyebabkan keperluan terhadap pelincir yang diformulasikan khusus untuk enjin jenis ini turut meningkat.


“Enjin hibrid mempunyai ciri tersendiri yang memerlukan pelincir dengan formulasi khas agar prestasi dan ketahanan enjin dapat dipertingkatkan,” katanya.


Baca: Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan


Kelebihan Formulasi Pelincir Caltex Havoline Hybrid


web_Caltex-Havoline-demonstration-by-Philip-Chee,-Product-Engineering-Specialist-of-Caltex-&-Bakar-Agil,-Technical-Support-Associate-for-Caltex-Malaysia-&-Singapore.jpgweb_Caltex-Havoline-Hybrid-demonstration.jpg


Pelincir baharu ini mengandungi tiga ciri utama yang membantu menjaga enjin hibrid yang biasanya lebih terdedah kepada masalah lumpur pada suhu rendah, kakisan dan kehausan akibat suhu operasi enjin yang lebih rendah berbanding enjin biasa:

  • Emulsi Kuat Dengan Kehadiran Air: Membantu memastikan aliran minyak lebih lancar dalam enjin.
  • Perlindungan Terhadap Karat dan Kakisan: Membentuk lapisan minyak sebagai penghalang antara komponen enjin.
  • Mengurangkan Pembentukan Lumpur dan Deposit Varnis: Menjamin enjin kekal bersih walaupun beroperasi dalam suhu rendah.

Spesifikasi SAE 0W-20 Sesuai Untuk Enjin Hibrid Tempatan


web_product_Caltex-Havoline-Hybrid.jpg


Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid ini hadir dalam gred SAE 0W-20, yang merupakan spesifikasi biasa digunakan oleh kebanyakan enjin hibrid di pasaran Malaysia buat masa ini.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan pelincir enjin hibrid ini, boleh kunjungi mana-mana stesen servis Caltex terpilih atau bengkel Caltex Havoline autoPro di seluruh negara.

Baca: Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800

Tag:

Caltex Malaysia
Caltex Havoline
Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20
Pelincir Enjin
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.

02-07-2025
Berita Auto

Perhatian: Lebuhraya KL-Seremban Tidak Ditutup, Kerja Pelancaran Rasuk Ditangguh

PLUS Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menutup laluan Plaza Tol Sungai Besi bermula tengah malam ini.

01-07-2025
Berita Auto

Lebuhraya KL-Seremban Hanya Ditutup Sementara Bagi Pelancaran Rasuk Gantri

Kedua-dua arah di KM 309.7 Lebuhraya KL-Seremban, berhampiran stesen minyak BHPetrol Harmony akan ditutup mulai 12 tengah malam ini hingga 5 pagi (3 Julai 2025).

01-07-2025
Berita Auto

Aerotrain Kembali Operasi: PM Puji Aerotrain, Kini Lebih Laju Daripada Dulu

Selepas tertangguh selama 28 bulan perkhidmatan tren tanpa pemandu yang moden itu sudah melalui proses naik taraf bernilai RM456 juta.

01-07-2025
Berita Auto

Caltex Malaysia Kini Tawarkan Pelincir Enjin Khas Untuk Kereta Hibrid

Caltex Malaysia memperkenalkan pelincir enjin baharu dalam rangkaian produk Caltex Havoline, iaitu Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20.

01-07-2025
Berita Auto

Super GT Malaysia 2025 Terima Sambutan Hangat – Tiba Lagi Tahun Depan?

Selepas lebih sedekad, perlumbaan penuh aksi, Super GT, dari negara Jepun kembali menggegarkan tanah air di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Petronas SIC) hujung minggu lalu.

01-07-2025
Berita Auto

Perhatian Buat Pemilik Denza D9: Denza Malaysia Ubah Jadual Penyelenggaraan Dari 3 Bulan Kepada 1 Tahun

DENZA Malaysia mengumumkan penyelenggaraan berjadual pertama bagi kenderaan DENZA D9 kini ditetapkan pada 20,000 km atau satu tahun, mana-mana yang terdahulu, bermula hari ini.

01-07-2025
Berita Auto

Rakyat Singapura Dikenakan RM300 Sebab Masih Tidak Aktif Tag RFID VEP

Seramai 10 pemandu dari Singapura disaman RM300 dalam tempoh sejam pertama sejurus Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing dari Singapura , dikuat kuasa mulai hari ini.

01-07-2025