- Berita
- Berita Auto
- Caltex Malaysia Kini Tawarkan Pelincir Enjin Khas Untuk Kereta Hibrid
Caltex Malaysia Kini Tawarkan Pelincir Enjin Khas Untuk Kereta Hibrid
Caltex Malaysia memperkenalkan pelincir enjin baharu dalam rangkaian produk Caltex Havoline, iaitu Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20. Pelincir ini direka khas untuk memenuhi keperluan enjin kenderaan hibrid yang semakin popular di Malaysia.
Permintaan Terhadap Pelincir Khusus Untuk Enjin Hibrid
Menurut Pengerusi Caltex Malaysia, Dean Gilbert, kenderaan hibrid semakin menjadi pilihan ramai pemandu tempatan. Ini menyebabkan keperluan terhadap pelincir yang diformulasikan khusus untuk enjin jenis ini turut meningkat.
“Enjin hibrid mempunyai ciri tersendiri yang memerlukan pelincir dengan formulasi khas agar prestasi dan ketahanan enjin dapat dipertingkatkan,” katanya.
Baca: Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan
Kelebihan Formulasi Pelincir Caltex Havoline Hybrid
Pelincir baharu ini mengandungi tiga ciri utama yang membantu menjaga enjin hibrid yang biasanya lebih terdedah kepada masalah lumpur pada suhu rendah, kakisan dan kehausan akibat suhu operasi enjin yang lebih rendah berbanding enjin biasa:
- Emulsi Kuat Dengan Kehadiran Air: Membantu memastikan aliran minyak lebih lancar dalam enjin.
- Perlindungan Terhadap Karat dan Kakisan: Membentuk lapisan minyak sebagai penghalang antara komponen enjin.
- Mengurangkan Pembentukan Lumpur dan Deposit Varnis: Menjamin enjin kekal bersih walaupun beroperasi dalam suhu rendah.
Spesifikasi SAE 0W-20 Sesuai Untuk Enjin Hibrid Tempatan
Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid ini hadir dalam gred SAE 0W-20, yang merupakan spesifikasi biasa digunakan oleh kebanyakan enjin hibrid di pasaran Malaysia buat masa ini.
Bagi yang berminat untuk mendapatkan pelincir enjin hibrid ini, boleh kunjungi mana-mana stesen servis Caltex terpilih atau bengkel Caltex Havoline autoPro di seluruh negara.
Baca: Jaecoo J7 PHEV Kini Rasmi Di Malaysia – Cecah 1,300 KM, Dari RM158,800
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv