Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

Sofea Najmi

Kongsi melalui

2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-2.jpg


BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD). Model generasi kedua ini ditawarkan pada harga bermula daripada RM218,800, atau RM240,500 sekiranya termasuk pakej BMW Service & Repair Inclusive (BSRI).


Pakej BSRI menambah tempoh jaminan dan servis selama lima tahun 218 Gran Coupe Sport. Harga asas pula sudah termasuk pengalaman pemilikan premium BMW Group Malaysia, merangkumi khidmat bantuan tepi jalan dan talian kecemasan kemalangan, serta kemudahan servis dalam talian BMW.


Spesifikasi Enjin & Prestasi BMW 218 Gran Coupe Sport 2025


2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-13.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-16.jpg


Model ini hadir dalam satu varian sahaja iaitu 218 Sport, menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter tiga silinder yang sama seperti model sebelumnya. Dipadankan dengan transmisi automatik DCT tujuh kelajuan, enjin ini menghasilkan kuasa 156 hp dan tork 230 Nm, pacuan roda hadapan (FWD). Sistem trenkuasa ini membolehkannya membuat pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa sepantas 8.6 saat dengan kelajuan maksimum 230 km/j.


Reka Bentuk Sporty 


2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-1.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-3.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-5.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-10.jpg


Rekaan BMW 218 Gran Coupe Sport mengekalkan gaya fastback empat pintu yang elegan dengan sentuhan sporty seperti aksen satin dan aluminium hitam berkilat, serta rim 18 inci baharu. 


Tiga pilihan warna luaran disediakan iaitu Alpine White (putih), Black Sapphire (hitam) dan Cape York Green (hijau), dipadankan dengan upholsteri dalaman berpori Verganza dalam warna hitam. 


Kabin Moden & Sarat Teknologi Terkini


2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-17.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-9.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-22.jpg


Bahagian kabin kenderaan menampilkan skrin lengkung baharu yang menggabungkan panel instrumen digital 10.25 inci dan skrin infotainmen 10.7 inci dengan sistem operasi BMW Operating System 9. Kemasan Aluminium Graphite bercahaya, pencahayaan ambien, serta upholsteri Veganza.


2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-26.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-7.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-28.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-18.jpg


Konsol tengah direka semula dengan pengecas tanpa wayar, dua tempat cawan, dan ruang simpanan yang praktikal.


Ciri Keselamatan BMW 218 Gran Coupe Sport 2025


2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-20.jpg2025-BMW-218-GranCoupe-Sport-4.jpg


BMW 218 Gran Coupe Sport dilengkapi sistem Driving Assistant dan Parking Assistance sebagai ciri standard, menawarkan fungsi pemanduan separa autonomi dan bantuan parkir untuk keselamatan dan kemudahan pengguna.


Selain itu, teknologi BMW Digital Key Plus membolehkan pemilik menggunakan telefon pintar sebagai kunci digital kenderaan.

Baca: BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800


Tag:

BMW Group Malaysia
BMW 218 Gran Coupe Sport 2025
BMW 218
Gran Coupe
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

15-01-2026
Kereta Baru

15-01-2026
Berita Auto

02-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026