Link Copiedcheck_circle
EV

Honda N-One e: Didedah, Sekali Cas Boleh Gerak Sejauh 270KM!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Honda baru sahaja melancarkan versi pengeluaran kereta konsep yang dikenali sebagai Honda N-One e di Jepun, baru-baru ini.

Honda N-One e adalah  kereta untuk kegunaan di bandar dengan jarak pemanduan WLTP sehingga 270 km selain mengekalkan reka bentuk unik yang sama seperti versi kereta konsepnya.

Dari segi reka bentuk, kita dapat lihat bahawa EV ini kekal dengan versi kereta konsepnya, kerana  bahagian hadapannya hadir dengan lampu hadapan LED jenis bulat, gril jenis tertutup yang berwarna hitam, dan terdapat dua port pengecasan.

image.pngimage.png

Gaya retronya itu  dlihat lebih menyerlah dengan adanya  lampu belakang LED berbentuk segi empat, pintu but belakang yang direka semula dengan pemegang plat nombor dipasang lebih rendah, serta rim aloi enam jejari bersaiz 14 inci yang melengkapkan lagi penampilannya.

Walaupun Honda tidak mendedahkan ukurannya, kami difahamkan  N-One e ini berukuran kurang daripada 3.4 meter panjangnya, menjadikannya lebih kecil daripada beberapa hatch EV bukan-kei yang paling kecil di pasaran.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, N-One e dilihat menampilkan kabin yang cukup minimalis kerana kabinnya agak ringkas berbanding kabin versi enjin pembakaran dalamannya. 

image.png

Melihat bahagian hadapannya, terdapat papan pemuka rata dengan corong udara berbentuk segi empat dan tiada skrin  tengah terapung seperti yang ada pada kebanyakan EV lain.

image.pngimage.png

Bagaimanapun,  si pembeli boleh memilih skrin infotainmen Honda Connect bersaiz sembilan inci sebagai pilihan.

Sebaliknya, satu-satunya paparan standard ialah kluster meter digital kecil yang tersembunyi di sebalik stereng dua jejari. Tuil gear konvensional telah digantikan dengan butang pemilih gear yang lebih kemas, selain terdapat beberapa butang dan dail khusus untuk kawalan suhu.

Walaupun bersaiz kecil, N-One e: menjanjikan tahap praktikaliti yang baik, di mana tempat duduk belakangnya boleh dilipat rata dalam konfigurasi 50:50. Ia hadir dengan dua warna terang pada upholsteri kitar semula dan reka bentuk tingkap yang jenis berkotak membantu mengurangkan rasa sempit dalam hatch kecil ini.

Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan  butiran mengenai rangkaian kuasa N-One e:, tetapi kami dimaklumkan ia akan menawarkan jarak WLTP sehingga 270 km, sekali gus menjadikannya lebih praktikal berbanding kebanyakan EV kei lain.

Mengikut peraturan kereta kei, kita boleh menjangka motor elektriknya hanya mampu  menghasilkan kuasa tidak lebih daripada 63 hp. Kuasa itu sudah memadai untuk kereta sekecil ini.

image.png

Selain itu, pihak syarikat juga tidak mendedahkan mengenai kapasiti baterinya namun ada kemungkinan ia  akan menggunakan bateri yang serupa dengan N-Van e.

Untuk makluman, van kei EV tersebut dikuasakan oleh pek bateri kecil 29.6-kWh yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 50 kW.

Begitupun, Honda ada menyatakan bahawa N-One e: akan menyokong fungsi Vehicle-to-Load (V2L) dan Vehicle-to-Home (V2H).

image.png

Walaupun N-One e: telah disahkan untuk pasaran Jepun, Honda turut menyatakan bahawa konsep asal Super EV akan melahirkan satu lagi hatch EV yang disasarkan untuk pasaran luar negara seperti Eropah dan Asia Tenggara.

Jika ini benar, kita boleh menjangka hatch EV baharu ini akan hadir dengan motor lebih bertenaga dan bateri lebih besar untuk jarak pemanduan yang lebih baik, serta mungkin menampilkan reka bentuk lebih sporty dan bersaiz lebih besar berbanding versi kei ini.

Gallery

Tag:

Honda
Honda N-One e: EV
Honda N-One e: Kei Car
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

31-12-2025
Berita Auto

Honda Prelude 2026 Dipasarkan Di Jepun – Kit Sporty Mugen Ditawarkan

Setelah hampir dua tahun sejak konsep asalnya diperkenalkan, Honda akhirnya melancarkan model baharu Prelude 2026 di pasaran Jepun.

09-09-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
EV

Honda Bakal Tayang Honda Super EV Concept Pada Julai Depan

Honda akan menayangkan Honda Super EV Concept di Goodwood Festival of Speed.

17-06-2025
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global.

21-05-2025
Berita Auto

Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

MAS 2025 mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion

19-05-2025
Global

GAC Honda P7 Diperkenalkan Di China – Dari RM130K

Syarikat usaha sama automotif China, GAC Honda secara rasmi telah melancarkan SUV elektrik terbarunya, P7, untuk pasaran China dengan harga bermula dari RM130,400.

17-04-2025
Berita Auto

Jualan Kereta Bukan Nasional Menyusut Tapi Lain Pula Buat Kereta Nasional

Nampaknya, jualan kenderaan bukan nasional mencatatkan penurunan yang agak ketara, namun PERODUA kekal menunjukkan prestasi yang stabil di pasaran.

14-03-2025

Berita Terkini

EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026
EV

Sasaran Pengecas EV Ikut Negeri: KL, Pulau Pinang Paling Banyak, Perlis Paling Sedikit

Kuala Lumpur Jadi ‘Raja’ Pengecas EV, Selangor Masih Jauh Ketinggalan?

13-05-2026
EV

Luar Biasa! Proton e.MAS Cecah Jualan 20,000 Unit Dalam Tempoh Singkat

Tak Sampai Setahun, 20,000 Unit Proton e.MAS Dah 'Ronda' Satu Malaysia!

13-05-2026
EV

Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai

Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.

12-05-2026