Link Copiedcheck_circle
EV

Imej SUV Exeed Exlantis E05 Didedahkan – Kemunculan Sulung Sept Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Exeed-Exlantix-E05-EREV-3.jpg


Subjenama mewah Chery, Exeed, baru-baru ini memperlihatkan gambar rasmi pertama bagi SUV bersaiz sederhana terbarunya, Exeed Exlantix E05. Jentera elektrik jarak tambahan (EREV) ini dijadualkan untuk membuat kemunculan sulungnya di Munich Motor Show yang akan berlangsung pada September nanti.


Sentuhan Rekaan Moden & Elegan


Exeed-Exlantix-E05-EREV-1.jpg


Berdasarkan imej rasmi yang dikongsikan, Exeed Exlantix E05 menampilkan rekaan yang cukup elegan dan sofistikated, dengan beberapa elemen diinspirasikan oleh model-model SUV dan crossover elektrik popular lain.  


Bahagian hadapan kelihatan moden dengan rekaan closed face, lampu LED ‘bertingkat’ serta gril trapezoid dengan bampar krom.


Profil sisi memaparkan garis bumbung yang melandai turun dari tiang B, memberikan rupa yang elegan namun praktikal. Model ini diberikan pemegang pintu konvensional (bukan jenis terbenam), pilihan rim aloi bersaiz 18 hingga 20 inci serta kemasan krom di sekitar tingkap.


Exeed-Exlantix-E05-EREV-2.jpg


Bahagian belakang pula menonjolkan gaya SUV yang biasa diketengahkan jenama China, dengan lampu belakang LED yang berkelebaran penuh, dipadankan dengan spoiler bumbung yang sporty. Dari segi ukuran, E05 berdiri pada kepanjangan 4,780 mm, lebar 1,890 mm, tinggi 1,725 mm dan jarak roda 2,800 mm.


Ruang Kabin Dijangka Mewah & Sarat Teknologi Canggih


Exeed-Exlantix-E05-EREV-4.jpg


Setakat ini, Exeed belum berkongsi imej dalaman E05. Namun, sejajar dengan imej jenama Exeed yang lain, kita boleh menjangkakan kabin yang eksklusif dengan sentuhan mewah serta dilengkapi teknologi pintar moden.


Ciri Mekanikal Exeed Exlantix E05


Exeed-Exlantix-E05-EREV-5.jpg


Dibangunkan berasaskan platform E0X milik Chery, Exeed Exlantix E05 bakal ditawarkan dalam versi EREV yang menggabungkan enjin petrol turbo 1.5 liter 4 silinder dengan kuasa 154 hp bersama motor elektrik. Walaupun spesifikasi motor elektrik masih belum didedahkan, portal CarNewsChina mendedahkan bahawa E05 akan menggunakan bateri jenis LFP berkapasiti 32.659 kWj dengan jarak pemanduan 100% elektrik mencecah 165 km.


Baca: Exeed VX PHEV Didedahkan Di China – SUV 3 Baris Ini Boleh Capai 1,300 KM!


Sistem Bantuan Pemandu Canggih


E05 hadir dengan unit LiDAR di bahagian bumbung, menandakan tahap autonomi pemanduan yang tinggi. LiDAR ini dibantu oleh 12 sensor radar, membentuk sistem ADAS Horizon Robotics HSD (Horizon Super Drive) yang dikatakan mampu menyokong navigasi autopilot (NOA) di lebuh raya dan bandar.


Exeed-Exlantix-E05-EREV-6.jpg


Sistem ini juga akan disepadukan dengan sistem Falcon Chery yang mempunyai tiga tahap iaitu Falcon 500 untuk NOA lebuh raya dan bantuan parkir, Falcon 700 yang memberikan ciri tambahan NOA bandar dan Falcon 900 dengan teknologi pemanduan autonomi Tahap 3.


Kemunculan Global Pertama di Munich


Dengan kemunculan sulung Exlantix E05 di pentas antarabangsa Munich Motor Show pada September akan datang, SUV EREV ini dijangka tersenarai sebagai salah satu model dalam barisan produk global Chery. 

Baca: Chery Exeed Exlantix ET EREV AWD Diperkenalkan Di China – Capai 1,500 KM!

Exeed-Exlantix-E05-EREV-8.jpg

Tag:

Exeed Exlantis E05
Exeed
SUV Exlantis E05
SUV EREV
EREV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Exeed VX PHEV Didedahkan Di China – SUV 3 Baris Ini Boleh Capai 1,300 KM!

Exeed VX PHEV Didedahkan Di China – SUV 3 Baris Ini Boleh Capai 1,300 KM!

Jenama premium Chery, Exeed, telah mendedahkan imej awal SUV hibrid plug-in (PHEV) flagship terbarunya, Exeed VX C-DM.

10-02-2025
EV
Chery Exeed Exlantix ET EREV AWD Diperkenalkan Di China – Capai 1,500 KM!

Chery Exeed Exlantix ET EREV AWD Diperkenalkan Di China – Capai 1,500 KM!

Pasaran kenderaan elektrik (EV) China kini dimeriahkan dengan kehadiran SUV Exeed Exlantix ET dalam versi EV penambah jarak atau range-extender (EREV).

18-12-2024

Berita Terkini

EV
UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI, Proton Cadang Wujudkan Pusat Pembelajaran EV Pertama di Malaysia.

UPSI menjalinkan kerjasama dengan Proton Holdings Berhad (PROTON) bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.

25-02-2026
EV
Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

20-02-2026
EV
Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Buat Julung Kalinya, Tesla Malaysia Buat Penghantaran Keretanya Ke Malaysia Timur

Tesla Malaysia telah membuat penghantaran rasmi kenderaannya ke Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

19-02-2026
EV
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat

BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.

12-02-2026
EV
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP

Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.

12-02-2026
EV
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa

Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.

11-02-2026
EV
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple

Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.

11-02-2026
EV
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen

Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.

11-02-2026