Link Copiedcheck_circle
Global

Ini Dia 6 Pengeluar Kereta China Terajui Jualan Kereta : BYD, SAIC, Geely, Changan Auto, Chery, GWM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, BYD kini menerajui jualan kereta paling tinggi   apabila ia sudah menjual 2,146,000 unit pada separuh pertama 2025 sekali gus mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun (YoY) sebanyak 33.04%.

Angka ini dilihat meningkat dengan ketara kerana hanya 1,613,000 unit terjual  pada tempoh yang sama tahun lalu.

image.png

BYD juga disokong oleh jualan kukuh pada bulan lepas (Jun), terutamanya dari barisan kenderaan NEV. BYD mencatat jualan sebanyak 382,600 unit NEV sepanjang bulan Jun iaitu meningkat daripada 341,700 unit pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

image.pngimage.png

Statistik ini didedahkan oleh laman berita CarNewsChina. Laporan itu turut mendedahkan enam pembuat kereta China yang telah menjual hampir 9 juta unit sepanjang separuh pertama tahun ini (2025).

Berdasarkan carta itu, BYD menerajui sebagai syarikat yang paling tinggi menjual kereta pada suku pertama tahun ini.

Di tempat kedua  ialah Kumpulan SAIC iaitu syarikat induk kepada jenama seperti MG Motor. Syarikat ini turut mencatatkan jualan sebanyak  2,053,000 unit dan merekodkan pertumbuhan YoY sebanyak 12.4%.

image.pngimage.png

Apa yang menarik, Kumpulan SAIC menunjukkan trend peningkatan jualan yang konsisten sepanjang tahun 2024, dengan jumlah jualan pada Jun 2025 sebanyak 365,000 unit. Ini bukan sahaja menunjukkan pertumbuhan YoY sebanyak 21.6%, malah menandakan bulan keenam berturut-turut syarikat mencatat pertumbuhan YoY.

image.pngimage.png

Di tempat ketiga ialah Geely Auto, yang mencatatkan jumlah jualan sebanyak 1,409,000 unit pada suku pertama 2025. Usaha ini menjadikan Geely sebagai syarikat yang mencatat kadar pertumbuhan YoY tertinggi dalam kalangan enam pengeluar kereta terkemuka China (Changan Auto – ke-4, Kumpulan Chery – ke-5 dan Great Wall Motor – ke-6) iaitu sebanyak 47%.





Gallery

Tag:

BYD
Changan Auto
Chery
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

BYD Atto 2 DM-i PHEV Didedah, Boleh Gerak Sehingga 1,000KM, Ada Kemungkinan Masuk Malaysia

BYD Atto 2 DM-i yang merupakan SUV crossover plug-in hybrid (PHEV) membuat penampilan pertamanya di Eropah, baru-baru ini.

25-11-2025
Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
EV

BYD Atto 3 Bakal Muncul Dengan Prestasi Lebih Tinggi, Jarak EV Cecah 650 KM

SUV elektrik BYD Atto 3 2026 nampaknya bakal menerima kemas kini secara besar-besaran. Perkara ini terbongkar melalui dokumen rasmi Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China yang mula tersebar di internet.

12-11-2025
EV

BYD Seal 6 Tampil Eksklusif Dalam Warna Ivory Gold – Harga Sama, Terhad 100 Unit

BYD Cars Malaysia memperkenalkan versi eksklusif edisi terhad bagi model sedan elektrik terbarunya, BYD Seal 6, yang kini hadir dalam pilihan warna baharu, Ivory Gold.

30-10-2025
EV

BYD Seal 2025 Raih ASEAN NCAP 5 Bintang – Skor Paling Tinggi Diterima EV Di Rantau Asia

Model sedan elektrik penuh (EV) BYD Seal 2025 kini secara rasmi disahkan sebagai antara jentera paling selamat setelah berjaya merangkul penarafan 5 bintang penuh dalam ASEAN NCAP.

30-10-2025
Global

BYD Atto 8 Bersedia Buat Kemunculan Global – Bakal Tiba Di Malaysia?

Syarikat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) dari China, BYD, mengumumkan penjenamaan semula SUV Tang L untuk pasaran antarabangsa.

27-10-2025

Berita Terkini

Global

Chery Tambah Satu Lagi Varian 400T Luxury Untuk Model Arrizo 8 Pro

Chery telah menambahkan satu lagi varian untuk Chery Arrizo 8 Pro yang dikenali sebagai 400T Luxury, baru-baru ini.

12-12-2025
Global

Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE

Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.

12-12-2025
Global

Spesifikasi Lotus Eletre PHEV Didedahkan — Trenkuasa 2.0L PHEV, Jarak Gerak EV, 355 km

Spesifikasi Lotus Eletre versi PHEV sudah pun didedahkan di China, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?

Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.

09-12-2025
Global

Imej smart #6 EHD PHEV Didedahkan, Jarak Pandu Keseluruhan - 1,810 KM

smart #6 EHD versi PHEV didedahkan, baru-baru ini.

09-12-2025
Global

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global

Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?

Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.

05-12-2025
Global

Trump Puji Reka Bentuk Kereta Kecil Di Malaysia, Jepun dan Korea Selatan

Trump mengumumkan kelulusan segera bagi pengeluaran kereta kecil di negara itu, selepas mengamati populariti model seumpama itu dalam lawatannya di Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan beberapa negara lain, baru-baru ini.

05-12-2025