Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Rakyat Singapura Dikenakan RM300 Sebab Masih Tidak Aktif Tag RFID VEP

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Seramai 10 pemandu dari Singapura  disaman RM300 dalam tempoh sejam pertama sejurus Permit Masuk Kenderaan (VEP) bagi kenderaan asing dari Singapura , dikuat kuasa mulai hari ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata tindakan tegas diambil terhadap pemilik kenderaan asing yang tidak mendaftar atau mengaktifkan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP masing-masing sebelum memasuki Malaysia.

"Setiap kenderaan tidak berdaftar akan diberikan saman berjumlah RM300 ($90)," ujarnya.

image.pngimage.png

Beliau berkata setakat 29 Jun lalu, sebanyak 206,088 kenderaan persendirian individu dan 3,765 kenderaan persendirian syarikat telah memasang dan mengaktifkan tag RFID. Bagaimanapun, terdapat 42,416 tag RFID yang masih belum diaktifkan.

“Tempoh tujuh tahun sudah diberikan untuk mereka membuat persediaan. Jadi, mulai hari ini, mana-mana kenderaan tanpa VEP akan disaman serta-merta,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pemilik kenderaan asing supaya segera mendaftar dan mengaktifkan tag RFID VEP bagi mengelakkan sebarang kesulitan di pintu masuk dan keluar Malaysia pada masa akan datang.

“Daripada lebih 248,000 pendaftaran VEP, lebih 200,000 telahpun mengaktifkan tag mereka. Ini menunjukkan majoriti rakyat Singapura mematuhi peraturan. Kita hanya mahu segelintir yang masih ingkar turut patuh,” katanya.

Bagaimanapun, cadangan untuk meluaskan pelaksanaan VEP kepada penunggang motosikal masih dalam peringkat dasar dan belum dilaksanakan.

Gallery

Tag:

JPJ
Permit Kemasukan Kenderaan Motor Asing (VEP)
Singapura
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

Bangla Beli Mercedes Buat Angkut Sayur

Bangla kena cekup sebab tiada lesen, inusrans kereta.

17-08-2026
Berita Auto

Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu

JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.

13-08-2026
Berita Auto

Bukan Nak Sekat, Tapi Selamatkan Nyawa -JPJ Panggil Penganjur RXZ Members Duduk Meja Rundingan Esok

JPJ Jumpa Penganjur RXZ Members Bincang Aspek Keselamatan, Penambahbaikan Program.

11-08-2026
Berita Auto

JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat

12 Institut Memandu Di Kelantan Diserbu JPJ! Ini Senarai Kesalahan Yang Terbongkar!

10-08-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026