Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sime Motors & Evergreen Corporate Kerjasama Kitar Semula Tayar

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SimeMotors-EvergreenCorporate-TyreRecyclingProgramme-3.jpg


Sime Motors baru-baru ini mengumumkan kerjasama dengan firma kitar semula tempatan, Evergreen Corporate, bagi melancarkan program kitar semula tayar tanpa sisa (zero-waste) yang dilaksanakan di semua bilik pameran Sime Motors di Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai 2025. Program ini bertujuan mengurangkan kesan alam sekitar daripada tayar terpakai melalui proses kitar semula yang mesra alam.


Proses Kitar Semula Canggih & Mesra Alam


SimeMotors-EvergreenCorporate-TyreRecyclingProgramme-2.jpg


Tayar terpakai yang dikumpulkan daripada pengedar dan pusat servis Sime Motors bagi jenama seperti BMW, MINI, Hyundai, Jaguar Land Rover, Volvo, BYD, Denza, Drivecare dan Auto Selection akan dihantar ke fasiliti pemprosesan Evergreen Corporate. 


Di sini, tayar-tayar tersebut akan diproses menggunakan teknologi hijau pemulihan terma yang canggih, membolehkan pemulihan bahan sepenuhnya dengan pelepasan bahan berbahaya yang rendah. Bahan buangan ini kemudiannya diubah menjadi bahan boleh guna semula seperti karbon hitam, minyak bahan api dan keluli.


Sokongan Terhadap Matlamat Kelestarian Negara


Evergreen Corporate telah dianugerahkan penarafan ESG Gold oleh MARC (Malaysian Rating Corporation Berhad), menjadikannya antara peneraju dalam pengurusan sisa lestari di negara ini. Kerjasama ini juga selaras dengan piawaian Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan menyokong objektif ESG serta kelestarian negara secara menyeluruh.


Menurut Kwang Meng Kian, pengasas bersama Evergreen Corporate, “Kami sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan teknologi kitar semula tayar dan berasa bangga dapat bekerjasama dengan Sime Motors bagi memacu ekonomi hijau Malaysia ke hadapan.” 


Beliau menambah, “Kerjasama ini bukan sahaja menangani cabaran pembuangan tayar, malah menggunakan penyelesaian yang bersih, boleh dikembangkan dan bersedia untuk masa depan.”

SimeMotors-EvergreenCorporate-TyreRecyclingProgramme-1.jpg

Tag:

Sime Motors
Evergreen Corporate
ESG
Kitar Semula
Kitar Semula Tayar
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto

Bilik Pameran Denza Dibuka Dibuka Di Jalan Klang Lama – Janji Pengalaman Eksklusif

Sime Motors baru-baru ini telah merasmikan bilik pameran andalan (flagship) Denza yang terletak di lokasi strategik di Jalan Klang Lama.

09-06-2025
Berita Auto

Era Sime Darby Sebagai Pengedar Eksklusif Tamat, Hyundai Motors Malaysia Ambil Alih!

Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) kini tidak lagi disenaraikan sebagai pengedar eksklusif di laman global Hyundai.

28-05-2025
Berita Auto

Performance Motors Malaysia Kini Urus Pusat Pengedar BMW, MINI

Sime Motors dan Ingress Corporation Berhad menjalinkan kerjasama untuk mengendalikan dan menguruskan dua pusat pengedaran BMW serta satu pusat pengedaran MINI di Performance Motors Malaysia.

29-04-2025
EV

Pusat Jualan EV Terpakai Pertama Malaysia, EV NEX, Dilancarkan

Sime Motors memperkenalkan pusat jualan kenderaan elektrik (EV) terpakai pertama di Malaysia, EV NEX.

27-02-2025
Berita Auto

Sime Darby Motors, UMW Holdings Kini Dengan Nama Baharu, Sime Motors & Sime UMW

Sime Darby Berhad baru-baru ini melaksanakan langkah penjenamaan semula secara besar-besaran, termasuk menukar nama dua anak syarikat utamanya. Sime Darby Motors kini dikenali sebagai Sime Motors, manakala UMW Holdings diberi nama baharu, Sime UMW.

20-11-2024
Berita Auto

Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services

Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.

19-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026
Berita Auto

Mengimbau Litar Batu Tiga: Salinan Silverstone yang Kini Menjadi Kenangan

Sebelum Wujudnya Sepang, Ini Kisah Litar Shah Alam yang Dilupakan.

12-07-2026