Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sita Lori Pesalah Berulang Yang Bawa Muatan Berlebihan Bukannya Pesalah Kali Pertama

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Tindakan menyita lori yang membawa muatan berlebihan hanya wajar dikenakan terhadap pesalah berulang, bukan kesalahan kali pertama atau pengusaha kecil yang bergantung hidup kepada satu atau dua kenderaan sahaja.

Itu kata Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) susulan kebimbangan pemain industri logistik terhadap pendekatan keras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dikhuatiri memberi kesan besar terhadap ekonomi mikro dalam sektor pengangkutan.

image.png

Pengasas dan Penasihat PPKJR, Jamil Manan Supri berkata, tindakan menyita adalah sah dari sudut undang-undang mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan pegawai pengangkutan menyita kenderaan bagi mengenal pasti identiti atau menghentikan kesalahan yang sedang dilakukan.

Namun katanya, penyitaan wajar difokuskan kepada kes berulang atau pemandu yang cuai secara konsisten, dan bukan ke atas individu yang hanya menurut arahan serta tidak mempunyai pilihan selain memenuhi kehendak pengilang atau pemilik barang.

"PPKJR berpandangan supaya pengilang atau pembekal barangan juga perlu dipertanggungjawabkan dalam isu lebih muatan ini, bukan hanya meletakkan kesalahan seratus peratus kepada pemandu.

"Mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan, dan sistem sekarang seolah-olah mengabaikan peranan serta desakan pihak pembekal," katanya kepada Harian Metro.

Tambah beliau, tindakan menyita tanpa meneliti kesan kewangan dan tekanan operasi harian hanya akan menjerumuskan pengusaha ke kancah muflis.

"Bayangkan jika satu-satunya lori syarikat disita, mereka bukan sahaja tidak boleh menghantar barangan, tetapi juga tetap perlu membayar ansuran bulanan bank, penyelenggaraan dan gaji pekerja.

"Lebih parah, pendapatan mereka hilang serta-merta dan dalam masa sama perlu cari jalan bayar kompaun yang mungkin tinggi," katanya.

Jamil turut memberi amaran bahawa tekanan berterusan ke atas industri logistik boleh memberi kesan rantaian kepada kos barangan yang akhirnya membebankan pengguna.

Justeru, katanya, pihak berkuasa perlu segera membuka ruang libat urus dengan pengusaha pengangkutan untuk memahami masalah sebenar di lapangan, termasuk tekanan daripada pihak pengilang yang memaksa lori membawa lebih muatan.

"Sudah sampai masanya satu mekanisme baharu dibentuk supaya tiada lagi tekanan tidak wajar terhadap pemandu dan pengusaha yang hanya mahu mencari rezeki secara sah," katanya.

Terdahulu, akhbar tempatan kebimbangan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) yang menyifatkan tindakan menyita jentera berat kerana muatan berlebihan sebagai keterlaluan dan mampu melumpuhkan ekonomi mikro sektor pengangkutan.

Gallery

Tag:

JPJ
Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

WMoto Bobbie VII Versi Sidecar Dilancar, Harga Bawah RM50,000

Motosikal sidecar ini mendapat kelulusan daripada JPJ.

24-07-2025
Berita Auto

"12 Inisiatif Bakal Dilaksana Untuk Tangani Kemalangan Maut Babitkan Kenderaan Berat," - LOKE

12 inisiatif keselamatan jalan raya termasuk `High Speed Weigh In Motion' (HS-WIM) akan dilaksanakan tidak lama lagi.

24-07-2025
Berita Auto

JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan

JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.

18-07-2025
Berita Auto

Rohingya Sanggup Bayar Sehingga RM500, Guna Identiti Rakyat Tempatan Daftar Kenderaan

Segelintir warga asing menggunakan identiti rakyat tempatan untuk mendaftar kenderaan dengan bayaran antara RM50 sehingga RM100 sebulan atau 'one-off' antara RM300 hingga RM500 setahun.

15-07-2025
Berita Auto

Bas Smart Selangor Terbalik, Mujur Tiada Yang Terkorban

Sebuah bas Smart Selangor terbabas sendiri di Jalan Tulip 3 Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, pagi tadi.

14-07-2025
Berita Auto

JPJ: Anggota JPJ Potong "Double Line", Akhirnya Digantung Tugas

Tindakan yang dikenakan termasuk pengeluaran notis saman kepada anggota yang memandu atas kesalahan memotong di garisan berkembar.

10-07-2025
Berita Auto

JPJ: 8,322 Kenderaan Jenama KIA, Yamaha, Mercedes-Benz Dipanggil Balik

JPJ memanggil balik sebanyak 8,322 kenderaan membabitkan tiga jenama.

09-07-2025
Berita Auto

Tak Patut Gantung Lesen Pemandu Kenderaan Serta-merta, Anggap Terburu-Buru, Berat Sebelah

Sepatutnya langkah yang sama itu turut dikenakan kepada semua jenis kenderaan termasuk kenderaan persendirian.

08-07-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Himpunan Turun Anwar: Semua Pengangkutan Awam Operasi Seperti Biasa

Jangan risau, semua perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan PRASARANA, akan beroperasi seperti biasa, esok.

25-07-2025
Berita Auto

Himpunan Turun Anwar: KL Sesak Esok, 16 Jalan Dilencongkan, Orang KL Diminta Rancang Perjalanan!

Sebanyak 16 laluan di sekitar Kuala Lumpur akan dilencongkan gara-gara Himpunan Turun Anwar tengah hari esok (26 Julai 2025).

25-07-2025
Berita Auto

Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat

Mujur, kedua-dua pemandu treler berkenaan terselamat.

25-07-2025
Berita Auto

DBKL Terima Aduan 1,000 Kereta Terbiar Dalam 5 Bulan

Hanya dalam lima tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima sebanyak 1,009 aduan berkaitan kenderaan buruk atau terbiar.

25-07-2025
Berita Auto

Tol Percuma Musim Perayaan Untuk Tahun Depan, Masih Belum Diputuskan

Kerajaan belum membuat sebarang keputusan berkenaan pemberian tol percuma bersempena musim perayaan untuk tahun depan.

25-07-2025
Berita Auto

Nissan Kicks e-Power Impul Edition: Pakej Sporty Pada Hanya RM8,500

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) semalam mengumumkan bahawa Nissan Kicks e-Power Impul Edition sudah boleh didapati di semua bilik pameran sah di Malaysia.

25-07-2025
Berita Auto

WMoto Bobbie VII Versi Sidecar Dilancar, Harga Bawah RM50,000

Motosikal sidecar ini mendapat kelulusan daripada JPJ.

24-07-2025
Berita Auto

Susur Keluar ke Taman Melawati/Ulu Kelang Ampang , Ditutup 11 Malam Ini!

Susur keluar Hillview ke Taman Melawati/Ulu Kelang bermula jam 11 malam ini sehingga 5 pagi esok.

24-07-2025