Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tayar EcoContact 6, EcoContact 6Q, Direka Untuk Kereta Petrol, Hibrid, Elektrik

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pengeluar tayar terkemuka dari Jerman, Continental memperkenalkan EcoContact 6 dan EcoContact 6Q ke pasaran Malaysia, baru-baru ini.

Continental__EcoContact-6-Q__ProductPicture__30.png

Kedua-dua tayar itu direka khas untuk memenuhi keperluan kenderaan petrol, hibrid dan elektrik selain menjanjikan penjimatan penggunaan bahan api.

Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia.Andrea Somorova berkata, pihaknya sentiasa meneroka had teknologi tayar bagi meningkatkan keyakinan dalam setiap perjalanan.

"Untuk pemandu Malaysia, sama ada memandu di jalan bandar, di lebuh raya, atau dalam perjalanan jarak jauh, EcoContact 6 dan 6Q direka untuk menawarkan keselesaan, kecekapan dan keselamatan bagi pemanduan yang lebih senyap, lebih lancer serta dengan jarak perjalanan yang lebih jauh,” katanya.

EcoContact 6 mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dengan sebatian silika berteknologi tinggi yang mengoptimumkan rintangan golekan tayar. Ia dicipta dalam bentuk yang khusus, di mana rib asimetri dan geometri sipe tayar memberikan cengkaman dan kestabilan di atas jalan yang basah dan kering

Sementara itu, EcoContact 6Q pula direka dengan ciri-ciri teknologi pengurangan bunyi yang canggih, memastikan pemanduan lebih lancar dan senyap. Corak bunga khasnya dan kompaun Advanced Green Chili 2.0, mampu  mengadaptasi keadaan jalan, memberi tayar lebih keupayaan terhadap rintangan golekan dan menjimatkan penggunaan bahan api.

Sementara rib asimetri dan geometri sipe tayar mengekalkan konsistensi terhadap permukaan jalan, ia juga meningkatkan kestabilan, terutamanya semasa menukar haluan, meminimakan bunyi bising untuk pemanduan yang lebih selesa.

Continental__EcoContact-6__TechnicalHighlightsVisual__Mileage.png

Menyedari tentang permintaan yang semakin meningkat, Continental telah menggabungkan teknologi ContiSilent™ ke dalam tayar EcoContact 6 dan EcoContact 6Q. Inovasi penyerapan busa poliuretana mengurangkan bunyi dalaman sehingga 9 dB(A), memastikan pemanduan yang lebih senyap dan selesa semasa melalui pelbagai permukaan jalan.

Walaupun kedua-dua model mengutamakan kecekapan, EcoContact 6 memfokuskan pada ketahanan, manakala EcoContact 6Q memberi lebih keselesaan dalam pemanduan ditambah pula dengan teknologi pengurangan bunyi. 

Bagi yang berminat, anda boleh memiliki Continental EcoContact 6 dan 6Q, yang terdapat dalam saiz 15 inci hingga 21 inci , dengan tanda OE, dihasilkan secara khas dan diluluskan untuk kenderaan BMW dan Mercedes-Benz.

Tayar-tayar ini boleh didapati di pengedar sah Continental di seluruh negara, dan cawangan rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet, dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, layari:

https://www.continental-tires.com/my/en/products/car/tyres/ecocontact-6/

https://www.continental-tires.com/my/en/products/car/tyres/ecocontact-6q/

Gallery

Tag:

Continental
EcoContact 6
EcoContact6Q
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton, Continental Bekerjasama, Proton Kini Jadi Pusat Sehenti Jual, Pasang Tayar

Proton kini menjalinkan kerjasama dengan Continental Malaysia bagi memperkenalkan perkhidmatan tayar bersepadu di pusat servis bertauliah terpilih di seluruh negara.

22-05-2025
Berita Auto

Continental Tutup Kilang, Tiada Kaitan Politik

Sanusi menegaskan keputusan Continental menutup kilang tayar di Kedah tiada kaitan isu politik.

02-05-2025
Berita Auto

Kilang Continental Di Alor Setar Ditutup Hujung Tahun 2025

Continental akan menghentikan operasi pembuatan tayar di kilangnya di Alor Setar, Malaysia, menjelang hujung tahun 2025.

28-04-2025
Teknologi

Bola Golf Jadi Inspirasi Tayar Terbaru Continental, EcoContact 7 & EcoContact 7 S

Continental, telah memperkenalkan produk terbaru mereka, EcoContact 7 dan EcoContact 7 S.

06-02-2025
Berita Auto

Ada 2,500 Panel Solar Di Kilang Tayar Continental, PJ

Penjanaan tenaga solar semasa waktu pengeluaran dikatakan dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 1,400 tan setahun.

28-01-2025
Global

Ketahanan Tayar MaxContact MC7, Memang Luar Biasa!

Tayar MC7 mampu tahan tork sehingga 900 Nm.

23-04-2024
Berita Auto

Continental Tawar Waranti Tambahan & Ganjaran Sehingga RM200!

Continental Tyre Malaysia, meraikan ulang tahun ke-60 syarikatnya dengan melancarkan Total Confidence Plan (TCP) dan ganjaran e-dompet kepada pembeli tayar baharu.

03-04-2023
Berita Auto

Tayar Baharu Continental, ComfortContact CC7, Nikmati Kabin Senyap & Perjalanan Lancar

Pengeluar tayar kereta terkemuka, Continental, telah memperkenalkan tayar baharu keluaran syarikatnya hari ini, ComfortContact CC7.

01-03-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026
Berita Auto

Hotspot Kemalangan Patut Dipasang Kamera AWAS, - JPJ Terengganu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mencadangkan supaya pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilakukan di laluan berisiko tinggi dan lokasi kerap berlaku kemalangan.

09-01-2026
Berita Auto

UTM Jalin Kerjasama Perodua, Bangunkan Program Kampus Mobiliti Pintar

Program yang dibangunkan menerusi kerjasama strategik dengan pengeluar automatif nasional, Perodua, direka untuk meningkatkan mobiliti kampus dan keselamatan pelajar.

09-01-2026
Berita Auto

Ada Cadangan Potong Kuota Subsidi BUDI95 Ikut Gaji? – Ini Jawapan Kerajaan

Kerajaan memberi jaminan tidak akan membuat perubahan drastik terhadap kuota bantuan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berdasarkan kelas pendapatan buat masa ini.

08-01-2026