Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiada Peranti Had Kelajuan (SLD), Kenderaan Perdagangan Tidak Dibenar Berada Di Atas Jalan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Perhatian buat pemilik kenderaan perdagangan!

Anda perlu memasang sistem Speed Limitation Device (SLD) atau peranti had kelajuan pada kenderaan perdagangan, jika  gagal berbuat demikian, kenderaan anda diharamkan berada di jalan raya.

Bagi yang tidak tahu, SLD adalah sistem kawalan kelajuan automatik, berfungsi mengehadkan kelajuan kenderaan secara elektronik melalui Unit Kawalan Elektronik (ECU), selari matlamat mewujudkan kawalan kelajuan tanpa perlu mematikan enjin, sekali gus tidak menjejaskan keselamatan operasi kenderaan.

Bercakap mengenai perkara itu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pelaksanaan sistem SLD penting bagi mengawal kelajuan kenderaan berat dan mengurangkan risiko kemalangan maut, terutama membabitkan bas dan lori dengan ia sudah lama diwajibkan di negara Eropah serta Singapura.

image.png

"Walaupun saya tahu mungkin ada pemain industri akan ada 'pushback', menyatakan kos tambahan dan sebagainya. Namun (pelaksanaan sistem SLD) untuk memastikan keselamatan jalan raya (dan) nyawa manusia lebih terjamin.

"Saya harap ahli Yang Berhormat bersama menyokong usaha kerajaan memastikan pelaksanaan ini berjalan dengan lancar supaya apa-apa sahaja 'pushback', kita nyatakan keselamatan mesti diutamakan berbanding kos dan keuntungan perniagaan," katanya.

image.png

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Richard Rapu@Aman Begri (GPS-Betong) mengenai impak pelaksanaan SLD, kos penguatkuasaan, pelaksanaan penyelenggaraan dan kesannya jika gagal berfungsi, pada sesi lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Penguatkuasaan pemasangan SLD bagi semua kenderaan perdagangan dilakukan secara tiga fasa, dengan peringkat permulaan membabitkan pengesahan kefungsian sistem bagi semua kenderaan perdagangan dibina selepas 1 Januari 2015.

Pelaksanaan SLD terpakai kepada semua kenderaan perdagangan iaitu kenderaan barangan dengan berat dengan muatan (BDM) melebihi 3500 kilogram (kg) dan kenderaan penumpang dengan BDM melebihi 5000kg serta melebihi lapan penumpang.

image.png

"Fasa dua pula membabitkan pengaktifan SLD dalam ECU bagi semua kenderaan perdagangan dibina sebelum 1 Januari 2015. Penguatkuasaannya bermula 1 Januari depan.

"Fasa tiga membabitkan pemasangan peranti SLD secara retrofit (dengan pengesahan JPJ) bagi kenderaan perdagangan tidak dilengkapi dengan sistem ini. Penguatkuasaannya akan bermula 1 Julai depan," katanya menjawab soalan asal Fathul Huzir Ayob (PN-Gerik).

Difahamkam. kementerian turut mempertimbang cadangan pemasangan sistem keselamatan seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Sistem Pemantauan Masa Nyata secara bersepadu dengan SLD serta memperkenal kotak hitam bagi kenderaan komersial.

Gallery

Tag:

Ministry of Transport (MOT)
Kenderaan Perdagangan
Speed Limitation Device (SLD)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan

Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.

14-08-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.

16-06-2026
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026
Berita Auto

LRT Kelana Jaya Tergendala, Ini Kata Menteri Pengangkutan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengakui beliau memandang serius beberapa insiden gangguan melibatkan perkhidmatan LRT Kelana Jaya pada awal Ramadan ini.

25-02-2026
Berita Auto

Raba Penumpang, Lesen Pemandu Grab Dibatalkan

Loke telah mengarahkan JPJ membatalkan lesen pemandu Grab terbabit.

03-02-2026
Berita Auto

Perhatian Pemandu Malaysia, Bermula 1 Feb, Tiada Lagi Slip Cukai Jalan Bercetak

Mulai 1 Februari 2026, Jabatan Pengangkutan Jalan tidak akan lagi mengeluarkan slip road tax bercetak bagi kenderaan persendirian milik warganegara Malaysia.

27-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026