- Berita
- Berita Auto
- Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT
Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Pemilik motosikal di Malaysia berpeluang menikmati subsidi RM1,000 untuk menukar motosikal lama kepada model baharu.
Bagaimanapun, cadangan skim pelupusan ini sedang dipertimbangkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi menggalakkan pemilikan kenderaan yang lebih selamat dan efisien di jalan raya.
Kementerian Pengangkutan Timbang Perluas Skim Rebat
Berdasrkan laporan The Rakyat Post, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihak kementerian sedia mempertimbangkan perluasan skim pelupusan kenderaan sedia ada kepada pengguna motosikal.
Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mempertimbangkan cadangan memberikan subsidi RM1,000 kepada pemilik motosikal lama untuk ditukar kepada motosikal baharu.
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, nilai ini ditetapkan lebih rendah berbanding kereta kerana jumlah motosikal yang sangat tinggi di Malaysia, dan perlaksanaannya tertakluk kepada peruntukan dana baharu.
Cadangan ini dikemukakan berikutan permintaan daripada Persatuan Pedagang Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA) semasa majlis ulang tahun ke-102 persatuan automotif di Seremban.
Nilai Subsidi Motosikal RM1,000
Menurut Anthony Loke, kadar subsidi untuk motosikal dicadangkan sekitar RM1,000 per unit. Jumlah ini lebih rendah berbanding kereta kerana bilangan motosikal di Malaysia jauh lebih tinggi.
Walaupun dana tambahan belum diluluskan buat masa ini, MOT berharap mendapat peruntukan baharu untuk merealisasikan inisiatif tersebut.
Kejayaan Skim Pelupusan Kereta Sebelum Ini
Sebelum ini, kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi skim pelupusan kereta melebihi usia 20 tahun.
Menerusi skim tersebut, pemilik menerima rebat RM2,000 daripada kerajaan dan insentif tambahan RM2,000 daripada pengeluar seperti Proton atau Perodua (jumlah RM4,000). Dana tersebut mendapat sambutan hangat hingga habis dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

