Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Amarah Kereta Kena Tunda, Lori Pihak Berkuasa Pula Kena Bakar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara kereta Perodua Axia ditunda, seorang lelaki tempatan bertindak membakar lori tunda Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 31 tahun itu membakar lori tunda MBJB yang diparkir di depoh simpanan kenderaan di Johor Bahru Waterfront.

Katanya, kenderaan milik suspek ditunda MBJB Rabu lalu dengan difahamkan tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar kompaun, selain enggan membuat rayuan kerana merasakan prosesnya rumit.

image.png

“Semakan mendapati suspek telah menuang minyak petrol dan menyalakan api di sebuah lori tunda sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM10,000.

“Sehubungan itu, suspek tersebut telah ditahan pada pukul 1.06 petang hari sama, selain tong aluminium dan satu pemetik api digunakan dalam insiden itu turut dirampas,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Raub, semakan rekod mendapati suspek mempunyai satu rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan penggunaan dadah.

image.png

“Ujian urin dibuat bagaimanapun mendapati dia negatif. Suspek kini direman selama lima hari sehingga 19 Ogos depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


Gallery

Tag:

MBJB
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Nak Cop Parkir Atau Nak Bayar RM500? Mana Pilihan Anda!

Pemilik premis yang 'cop' parkir dengan meletakkan baldi, kerusi dan alat pemadam api di tempat letak kereta berkupon sekitar bandar raya Johor Bahru bakal berdepan kompaun sebanyak RM500.

02-01-2023
EV

PBT Di JB Mahu Lebih Banyak Guna EV Sebab Tak Mahu Ketinggalan

Bagi menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), pihak berkuasa tempatan di Johor Bahru digalakkan menggunakan EV.

02-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto