Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

AMH Harap Pengambilan Tanah Untuk Projek WCE di Kampung Jawa Diselesai

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Persatuan Haulier Malaysia (AMH) menggesa  kerajaan menyelesaikan pengambilan tanah di Kampung Jawa, Klang dengan segera kerana masalah itu menyebabkan penangguhan pembukaan Seksyen 3 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE).

Seksyen berkenaan adalah laluan penting yang dijangka mampu mengurangkan kesesakan di Jalan -Jalan Persekutuan, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya NKVE dan Lebuhraya Shah Alam, terutama bagi pergerakan kenderaan perdagangan dari kawasan perindustrian ke Pelabuhan Klang

Setiausaha Eksekutif AMH, Mohamad Azuan Masud, berkata kelewatan itu memberi kesan langsung terhadap operasi lebih 10,000 peralatan (Prime Movers & Trailers) ahli persatuan apabila terpaksa bergantung kepada laluan sedia ada yang semakin sesak.

"Laluan itu bukan sahaja meningkatkan masa perjalanan, malah menambah kos bahan api, penyelenggaraan kenderaan dan menjejaskan jadual penghantaran.

“WCE adalah infrastruktur strategik yang dirancang untuk menyokong kelancaran sektor logistik di sepanjang pantai barat. Penangguhan ini memberi kesan besar kepada pengusaha pengangkutan, terutama yang memerlukan akses pantas ke dan dari Pelabuhan Klang,” katanya dalam satu kenyataan.

AMH  turut menegaskan komitmen untuk bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pemain industri bagi mengurangkan kesan kelewatan serta memastikan sektor logistik dan pengangkutan negara terus berdaya saing.

Projek WCE merangkumi 11 seksyen dengan keseluruhan panjang kira-kira 233 kilometer bermula dari Banting, Selangor hingga ke Taiping, Perak






Gallery

Tag:

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
Association of Malaysia Hauliers (AMH)
Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Cuti Panjang: 150,000 Kereta Banjiri WCE Sehari

Nak Balik Kampung Guna WCE? Ini Tips 'Survival' Elak Jem & Mengantuk.

26-05-2026
Berita Auto

Sering Guna Lebuhraya WCE? Ini Aplikasi Wajib Ada Untuk Elak Jem & Kira Kadar Tol

Aplikasi WCE Dipertingkat: Siap Ada AI & CCTV Live Untuk Pantau Trafik Serta-Merta

25-05-2026
Berita Auto

Cuti Raya Cina, Sekolah Bakal Berakhir, WCE Jangka 160,000 Kenderaan Sehari

Pihak Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal memandangkan lebih 160,000 kenderaan diunjurkan sehari mulai Sabtu ini.

20-02-2026
Berita Auto

Kesesakan Luar Biasa Sebab 160,000 Kenderaan Banjiri WCE Sehari

Aliran trafik di Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dijangka meningkat dengan 160,000 kenderaan sehari sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina.

13-02-2026
Berita Auto

Melaka Bakal Ada 6 Tol Baharu Sepanjang Jajaran WCE

Kerajaan Melaka akan membangunkan jajaran projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) sepanjang 69 kilometer merentasi Melaka, pada tahun depan

10-12-2025
Berita Auto

Penduduk Kg Jawa Diberi 2 Minggu Untuk Kosongkan Tapak Projek WCE

Kerajaan Selangor memberi tambahan dua minggu kepada penduduk 19 lot tanah di Kampung Jawa, Klang untuk mengosongkan tapak itu bagi memberi laluan kepada pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

11-11-2025
Berita Auto

Perhatian: Laluan Ke Lebuhraya WCE Ditutup Sementara Bermula Esok

Beberapa laluan di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan ditutup dan dilencongkan sementara bersempena penganjuran Klang Royal City Marathon 2025 pada Ahad, 9 November.

07-11-2025
Berita Auto

MB Selangor Sahkan Isu WCE Kampung Jawa Bakal Selesai

Isu pembinaan Lebuhraya Pantai Barat (WCE) yang membabitkan 19 penduduk di Kampung Jawa, Klang bakal selesai dalam tempoh terdekat ini.

03-11-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026