- Berita
- Berita Auto
- GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025, Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!
GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025, Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!
GWM Malaysia melancarkan Kempen Merdeka 2025 bertemakan “Gaya Wawasan Malaysia” dari 16 Ogos hingga 28 September 2025, pada setiap hari Sabtu dan Ahad di bilik pameran GWM yang sah di seluruh negara.
Sepanjang tempoh kempen, bilik pameran GWM yang mengambil bahagian di seluruh negara akan menganjurkan peraduan Merdeka “Book & Win”.
Pelanggan yang membuat tempahan kenderaan GWM pada hujung minggu tersebut akan menerima dua peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah segera di lokasi serta penyertaan dalam Cabutan Bertuah Utama dengan nilai hadiah sehingga RM120,000.
Hadiah Cabutan Bertuah Utama termasuk:
• iPhone 16 Pro (128GB)
• Nintendo Switch 2
• DJI Osmo Pocket 3
• Philips Air Purifier
• Xiaomi X20+ Robot Vacuum
• Samsung Galaxy A56
• Marshall Acton III
• Sony WH-1000XM5 Noise Cancelling Headphones
• Galaxy Watch 7
• Dyson Cool Fan
Selain itu, GWM turut mengadakan promosi eksklusif sepanjang bulan ini bagi meraikan bulan kemerdekaan.
Untuk itu, GWM Malaysia menawarkan promosi istimewa untuk semua barisan model. Pelanggan boleh menikmati tawaran menarik, pakej nilai tambah, dan penjimatan masa terhad yang menjadikan pemilikan kenderaan GWM lebih berbaloi berbanding sebelum ini.
Malah, terdapat juga siri jelajah GWM Goes on Tour yang menawarkan pandu uji, aktiviti interaktif, dan tawaran eksklusif sepanjang jelajah.
Berikut adalah lokasinya:
Zon Tengah
• Mid Valley Kuala Lumpur: 10–14 September
• GF Luxe, 1 Utama: 7 Oktober – 6 November
Zon Utara
• Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: 30 Oktober – 2 November
• Ipoh Parade: 6–9 November
Zon Selatan
• Paradigm Mall, Johor Bahru : 27 Ogos – 31 Ogos
Dalam perkembangan lain, GWM Malaysia sudah membuka bilik pameran baharu di Klang, bertempat di PT 4209, Jalan Kapar, Kawasan 18, 41400 Klang.
Kemudahan seluas 3,900 kaki persegi ini menampilkan ruang menunggu pelanggan seluas 1,140 kaki persegi, tiga ruang servis, dan mampu menyelenggara sehingga 200 kenderaan setiap bulan.
Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk jualan, dan dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang untuk servis (tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum), cawangan baharu ini direka untuk menawarkan pengalaman runcit premium bersama sokongan selepas jualan yang cekap dan boleh dipercayai, mengukuhkan komitmen GWM untuk terus berkhidmat kepada pelanggan di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran GWM terdekat atau layari www.gwm.com.my.
Gallery


Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/