Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

GWM Malaysia Lancar Kempen Merdeka 2025, Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui

GWM-Malaysia-Unveils-Merdeka-Campaign-2025-–-Gaya-Wawasan-Malaysia.jpg

GWM Malaysia melancarkan Kempen Merdeka 2025 bertemakan “Gaya Wawasan Malaysia” dari 16 Ogos hingga 28 September 2025, pada setiap hari Sabtu dan Ahad di bilik pameran GWM yang sah di seluruh negara.

Sepanjang tempoh kempen, bilik pameran GWM yang mengambil bahagian di seluruh negara akan menganjurkan peraduan Merdeka “Book & Win”.

image.pngimage.png

Pelanggan yang membuat tempahan kenderaan GWM pada hujung minggu tersebut akan menerima dua peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah segera di lokasi serta penyertaan dalam Cabutan Bertuah Utama dengan nilai hadiah sehingga RM120,000.

Hadiah Cabutan Bertuah Utama termasuk:

• iPhone 16 Pro (128GB)

• Nintendo Switch 2

• DJI Osmo Pocket 3

• Philips Air Purifier

• Xiaomi X20+ Robot Vacuum

• Samsung Galaxy A56

• Marshall Acton III

• Sony WH-1000XM5 Noise Cancelling Headphones

• Galaxy Watch 7

• Dyson Cool Fan

Selain itu, GWM turut mengadakan promosi eksklusif sepanjang bulan ini bagi meraikan bulan kemerdekaan.

Untuk itu, GWM Malaysia menawarkan promosi istimewa untuk semua barisan model. Pelanggan boleh menikmati tawaran menarik, pakej nilai tambah, dan penjimatan masa terhad yang menjadikan pemilikan kenderaan GWM lebih berbaloi berbanding sebelum ini.

Malah, terdapat juga siri jelajah GWM Goes on Tour yang menawarkan pandu uji, aktiviti interaktif, dan tawaran eksklusif sepanjang jelajah.

Berikut adalah lokasinya:

Zon Tengah

• Mid Valley Kuala Lumpur: 10–14 September

• GF Luxe, 1 Utama: 7 Oktober – 6 November

Zon Utara

• Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: 30 Oktober – 2 November

• Ipoh Parade: 6–9 November

Zon Selatan

• Paradigm Mall, Johor Bahru : 27 Ogos – 31 Ogos

Dalam perkembangan lain, GWM Malaysia sudah membuka bilik pameran baharu di Klang, bertempat di PT 4209, Jalan Kapar, Kawasan 18, 41400 Klang.

Kemudahan seluas 3,900 kaki persegi ini menampilkan ruang menunggu pelanggan seluas 1,140 kaki persegi, tiga ruang servis, dan mampu menyelenggara sehingga 200 kenderaan setiap bulan.

Dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk jualan, dan dari 8.00 pagi hingga 5.30 petang untuk servis (tutup pada hari Ahad dan Cuti Umum), cawangan baharu ini direka untuk menawarkan pengalaman runcit premium bersama sokongan selepas jualan yang cekap dan boleh dipercayai, mengukuhkan komitmen GWM untuk terus berkhidmat kepada pelanggan di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran GWM terdekat atau layari www.gwm.com.my.



Gallery

Tag:

GWM Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.

12-12-2025
Berita Auto

GWM Malaysia Tawar Hadiah Cabutan RM150,000, Pakej Waranti, 'Trade-In' Menarik

Sempena sambutan ulang tahun ketiga, Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan pelbagai ganjaran yang mengujakan.

07-11-2025
Kereta Baru

GWM Malaysia Lancar 2 Model Baharu, Ora Good Cat Ultra, Versi GT 2025, Harga Mampu Milik

GWM Malaysia melancarkan secara rasminya, Ora Good Cat GT dan Ora Good Cat Ultra ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

06-11-2025
EV

EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini

Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model hatchback elektrik, GWM Ora Good Cat 2025 yang diperbaharui, berserta varian sporty, Good Cat GT.

31-10-2025
Berita Auto

GWM Tank 500 HEV Black Edition Dilancarkan – Tampil Lebih Menggerunkan Pada Hanya RM8,000

Great Wall Motor (GWM) Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan versi eksklusif, Tank 500 HEV 'Black Edition', yang hadir dengan pakej estetik serba hitam yang bertujuan untuk menonjolkan imej lebih garang dan premium.

31-10-2025
Kereta Baru

Ora Good Cat 2025 & Versi Agresifnya, GT, Kini Boleh Ditempah – Dari RM115,000, Capai 480 KM!

Setelah membuat kemunculan mengejut semasa perarakan kemerdekaan di Putrajaya pada Ogos lalu, GWM Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan tempahan untuk model elektrik terbarunya itu, Ora Good Cat bersama varian GT.

14-10-2025
Berita Auto

GWM WEY 80 Dinamakan Sebagai WEY G9, Dikhabarkan Bakal Masuk Pasaran Tidak Lama Lagi

GWM Malaysia telah menamakan semula WEY 80 kepada GWM WEY 9, baru-baru ini.

17-09-2025
Berita Auto

GWM Ora Good Cat GT – EV Kecil Yang 'Garang' Ini Muncul Di Perarakan Merdeka

GWM Ora Good Cat GT dalam warna kelabu Aqua Grey mencuri perhatian ramai semasa konvoi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

02-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

KL Dilanda Banjir Kilat, 5 Laluan Terjejas

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan beberapa lokasi di sekitar ibu negara dilanda banjir kilat kira-kira pukul 3 petang tadi.

12-12-2025
Berita Auto

Sah! Perodua Bakal Lancar Model Terbaharunya, Traz/Nexis D66B Pada 17 Dis Ini

Perodua mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan secara rasminya Perodua Traz/Nexis D66B, pada 17 Disember ini.

12-12-2025
Berita Auto

MPV Mewah China, GWM WEY G9 CKD Mula Dipasang Di Kilang EPMB Melaka

GWM Malaysia dengan bangganya telah memulakan proses pemasangan tempatan (CKD) untuk model premium GWM WEY G9 di kilang EP Manufacturing Bhd (EPMB) di HICOM Pegoh, Melaka.

12-12-2025
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025
Berita Auto

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Berita Auto

Jualan Proton Tahun Ini Sudah Cecah Lebih 143,000! Saga, X50 Dominasi

Pengeluar kereta nasional, Proton, terus menunjukkan momentum positif dalam pasaran automotif Malaysia.

12-12-2025
Berita Auto

Treler Rempuh Pondok Tol, 7 Individu Terselamat

Sebuah treler yang merempuh plaza tol Kota Kemuning, Shah Alam menyebabkan dua kereta kemek teruk.

11-12-2025
Berita Auto

Lega, Semua Harga Minyak Turun 2 Sen Bermula 11 Dis-17 Dis Ini!

Kementerian Kewangan mengesahkan harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan Diesel di Semenanjung Malaysia turun 2 sen bermula 11 Disember hingga 17 Disember ini.

10-12-2025