Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kapal BYD Zhengzhou Sudah Tiba Di Malaysia, Bawa Kereta Siap Dipasang Dari China

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

BYD Malaysia dan Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia mengesahkan ketibaan kapal pengangkut BYD dari Zhengzhou ke Pelabuhan Klang, Selangor, semalam. 

Kapal ini membawa bersama kenderaan BYD yang siap dipasang untuk dihantar kepada pengguna di Malaysia dalam usaha mengukuhkan rantaian bekalan global.

Photo-1-(2).JPG

Kapal roll-on/roll-off (RORO) milik BYD yang berkapasiti 7,000 unit telah memulakan pelayaran sulungnya ke Asia Tenggara dengan penghantaran dijadualkan ke Filipina, Indonesia dan Singapura.

image.pngimage.png

Kapal tersebut yang tiba semalam, telah pun meneruskan hentian terakhir iaitu di Thailand dan kembali semula ke China.

BYD Zhengzhou merupakan kapal ketujuh dalam armada kapal pengangkut khas milik BYD, sekali gus membuktikan keupayaan rantaian bekalan dan logistik syarikat yang kukuh dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kenderaan elektrik (EV).

image.png

Sementara itu, Pengarah Urusan Sime Motors bagi Asia Tenggar, Jeffrey Gan berkata, ini merupakan satu pencapaian penting dalam Kerjasama pihaknya bersama BYD.

"Ia melambangkan keyakinan serta potensi pertumbuhan Malaysia sebagai hab EV yang penting. Dengan pengukuhan rantaian bekalan serantau melalui kapal pengangkut BYD, kami kini dapat menjamin masa penghantaran yang lebih singkat, sekali gus mempertingkatkan keupayaan kami untuk memberikan kepuasan pelanggan yang lebih baik. Ini memberikan manfaat kepada semua pihak yang terlibat.”

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd Eagle Zhao berkata, kapal pengangkut ini memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi global BYD dan mengukuhkan lagi hubungan pihaknya dengan Malaysia.

"Dibina untuk meningkatkan keupayaan penghantaran, BYD Zhengzhou membolehkan penghantaran yang lebih pantas dan boleh dipercayai terus kepada pelanggan kami di sini,” katanya.

image.png

Hasil daripada sistem logistik yang lebih efisien, BYD Malaysia dan Sime Motors terus memperkukuhkan kerjasama mereka sambil merealisasikan matlamat bersama untuk menyediakan EV kepada rakyat Malaysia dengan lebih pantas dan boleh dipercayai.

Inisiatif ini disokong oleh lebih 35 pusat jualan BYD di seluruh negara, dengan sasaran untuk mencapai 60 pusat jualan BYD menjelang akhir tahun 2026.

Gallery

Tag:

BYD Zhengzhou
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026