Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selepas satu teaser yang disiarkan di media sosial, BYD Cars Malaysia akhirnya mengesahkan bahawa pihaknya akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.

Pengumuman yang dibuat ini akhirnya menjawab persoalan yang timbul sejak teaser tersebut dimuat naik, dengan laporan awal menyebut model baharu itu mungkin ialah BYD Seal 5 DM-i plug-in hybrid (PHEV) sedan, yang baru sahaja dilancarkan di Thailand awal bulan ini.

BYD Seal 2025 yang menggunakan  spesifikasi Singapura , hadir dalam tiga varian di negara terbabit. Varian Dynamic menggunakan motor belakang (RWD) dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 136 PS dan 310 Nm, serta dipadankan dengan pek bateri 61.44 kWh LFP yang menawarkan jarak sehingga 460 km mengikut standard WLTP.

image.png

Sementara itu, varian Premium  menggunakan motor tunggal RWD lebih bertenaga dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat  313 PS dan 360 Nm.Ia dipadankan dengan pek bateri lebih besar 82.56 kWh, yang membolehkan jarak sehingga 570 km WLTP. 

Varian tertinggi pula ialah Performance AWD dwi-motor, yang menawarkan kuasa 530 PS dan 670 Nm, dimana ia menggunakan bateri 82.56 kWh sama seperti Premium, namun dengan jarak gerak hanyalah 520 km WLTP.

Berbeza dengan model spesifikasi China, Seal terkini di Singapura masih mengekalkan prestasi pengecasan sama seperti sebelumnya. 

Pengecasan AC dihadkan pada 7 kW untuk semua varian, manakala pengecasan DC mencapai 150 kW untuk Premium dan Performance, serta 110 kW untuk Dynamic.

Difahamkan BYD Seal yang dipasarkan di Singapura tidak hadir dengan  u LiDAR yang dipasang di bumbung dan lencana merah BYD. Walaupun tanpa LiDAR, Seal terkini masih dilengkapi dengan pelbagai fungsi ADAS, termasuk pengesan titik buta, amaran lintasan depan, belakang amaran pelanggaran depan dan banyak lagi.

image.png

BYD Seal Singapura juga hadir dengan ruang simpanan depan (frunk) sebesar 53 liter, rekaan rim aloi baharu, serta sistem penyerap hentakan adaptif DiSus-C, yang sama seperti digunakan pada Denza D9 AWD. Selain itu, model Singapura  turut menerima warna baharu Shark Grey, selain pilihan sedia ada Atlantis Grey, Aurora White, dan Cosmos Black.

image.png

Apapun, kita tunggu pelancaran BYD Seal 2025 untuk pasaran tempatan, esok.


Gallery

Tag:

byd seal
BYD EV
BYD Cars Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-09-2025
Kereta Baru

22-08-2025
Pandu Uji

25-01-2025
Kereta Baru

06-09-2024
Teknologi

03-07-2024
Global

28-03-2024
Berita Auto

23-02-2024
EV

16-01-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026