- Berita
- Berita Auto
- Lamborghini Disita Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Sebuah Lamborghini disita gara-gara si pemilik memandu kereta mewah itu tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans di Terengganu, baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu, Zamri Samion berkata, selain supercar tersebut, antara kenderaan mewah lain yang disita dalam operasi sama ialah Nissan Fairlady, Toyota Vellfire, BMW 523i, Land Cruiser Prado, Lexus NX300 dan Mercedes-Benz.
“Kesemua kenderaan itu didapati tidak memiliki cukai jalan dan insurans yang bertentangan dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sepanjang pelaksanaan Ops Luxury di Terengganu, sebanyak 90 kenderaan mewah diperiksa,” katanya di sini hari ini.
Zamri berkata, selain lapan notis sitaan, JPJ turut mengeluarkan 13 kompaun kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
JPJ turut mengesan masing-masing dua kesalahan iaitu tiada lesen memandu dan tamat tempoh serta nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi (tiga kes).
Gallery

Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/