Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

MG Cyberster No 1 Di Asia & Oceania, Sebab Gaya Mengancam?

Suhana Veru

Kongsi melalui

MG-Cyberster_KV-(1).jpg

Percaya atau tidak, MG Cyberster menduduki tempat pertama kerana ia merupakan model paling laris di Asia dan Oceania.

Apa tidaknya dengan gaya yang mengancam, MG Cyberster bukan sahaja menawan pelanggan tempatan tetapi di beberapa negara lain.

Dari sesi pandu uji awal hingga sambutan hangat di pameran awam, MG Cyberster membuktikan bahawa ia lebih daripada sekadar sebuah kereta.

Dalam tempoh beberapa bulan sahaja sejak diperkenalkan, MG Motor Malaysia telah mencatat lebih 90 tempahan, sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pasaran paling berjaya untuk Cyberster di rantau ini.

image.png

MG Motor Malaysia berkata, kejayaan ini turut diperkukuh oleh pengiktirafan antarabangsa. MG Cyberster telah meraih anugerah reka bentuk paling berprestij di dunia, termasuk Good Design Award, Red Dot Design Award, dan iF Design Award mengukuhkan statusnya sebagai simbol gaya dan inovasi dalam era kenderaan elektrik.

"Pencapaian ini menjadi detik penting dalam perjalanan MG di Malaysia. Ia bukan sahaja mencerminkan kekuatan jenama yang semakin kukuh dan pertumbuhan pangkalan pelanggan, malah hubungan emosi yang telah terjalin antara rakyat Malaysia dan Cyberster," katanya dalam satu kenyataan.

image.png

Dengan pengecualian duti eksais dan import oleh kerajaan yang masih berkuat kuasa, kini merupakan masa terbaik untuk memiliki MG Cyberster. 

Ditawarkan pada harga bermula RM299,900 untuk varian pacuan roda belakang dan RM319,900 untuk varian pacuan semua roda, roadster mencuri tumpuan ini membawakan prestasi elektrik bumbung terbuka yang mengasyikkan, lengkap dengan pintu gunting dramatik pada tahap kemampuan yang kini lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

MG-Cyberster_KV-3.jpg

Bagi meraikan pencapaian ini, MG Motor Malaysia akan menganjurkan siri acara pandu uji eksklusif di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. 

Berikut adalah perinciannya:

cyber.png

Pelanggan yang membuat tempahan semasa acara ini akan menerima pakej istimewa termasuk pengecasan tanpa had selama setahun secara percuma melalui JomCharge (termasuk fungsi AutoCharge), pengecas AC Wallbox 7kW 1 , model diecast edisi terhad MG Cyberster 2 , serta hadiah-hadiah eksklusif lain.

Gallery

Tag:

MG Cyberster
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Roadster Elektrik Pertama, MG Cyberster Sertai Perarakan Hari Kebangsaan

MG Motor Malaysia mengesahkan MG Cyberster akan menyertai kontinjen Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos 2025 di Putrajaya.

26-08-2025
EV

Pandu Uji Roadster Elektrik Pertama Di Dunia, MG Cyberster Di MG Motor Old Klang Road

Orang ramai kini berpeluang memandu uji roadster elektrik pertama di dunia, MG Cyberster menerusi acara MG Cyberster Exclusive Test Drive Weekend yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Julai ini di bilik pameran MG Motor Old Klang Road, Kuala Lumpur.

15-07-2025
Kereta Baru

Roadster Elektrik MG Cyberster Kini Di Malaysia – Capai 496 HP, Dari RM319,900

Setelah tempahannya dibuka Oktober lalu, SAIC Motor Malaysia (MG Motor Malaysia) hari ini telah melancarkan EV terbarunya, MG Cyberster, secara rasmi untuk pasaran tempatan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024
Berita Auto

Ini Dia 5 Lokasi Baharu Rangkaian MG

SAIC Motor mengumumkan pihaknya kini sudah mula memperluaskan rangkaian pengedar MG di seluruh negara.

30-08-2024
EV

Imej Rasmi Kabin Roadster Elektrik MG Cyberster 2024 Yang 'Stylo' Didedahkan

SAIC MG telah mendedahkan gambar kabin MG Cyberster. Ini perinciannya...

12-07-2023
EV

MG Cyberster, Kereta Sports Elektrik, Padu Semacam

MG Cyberster dijangkan akan dijual di UK pada tahun hadapan.

26-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026