Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Aruz Kini Ada Warna Baharu, Vintage Brown, Jangan Risau, Harga Aruz Masih Kekal!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Perodua secara senyap-senyap memperkenalkan warna baharu iaitu Vintage Brown untuk kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi, Perodua Aruz, sekali gus menjadi pilihan warna keenam untuk model tersebut.

Sebelum ini, Perodua Aruz didatangkan dengan enam pilihan warna iaitu Elegant Black, Granite Grey, Garnet Red, Glittering Silver, Ivory White  dan kini Vintage Brown.

Berdasarkan laman rasmi Facebook Perodua, beberapa gambar Aruz berwarna Vintage Brown dimuat naik dan tertera kapsyen:

"Ruang Kamu, Gaya Kamu!

"Aruz tampil eksklusif dalam Vintage Brown dengan trim Matte Hitam baharu—sporty dan penuh karakter. Layari laman web Perodua untuk maklumat lanjut atau kunjungi bilik pameran Perodua," tulisnya.

Bagaimanapun, Perodua tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung warna baharu Aruz.

image.png

Sementara itu, menjengah laman rasmi Facebook Perodua, walaupun menerima warna baharu, namun tiada perubahan spesifikasi untuk Aruz.

Perodua Aruz masih kekal menggunakan enjin 2NR-VE 1.5 liter NA empat-silinder dimana ia mampu menghasilkan  kuasa setakat 102 PS pada 6,000 rpm dan 133 Nm tork pada 4,200 rpm dengan sistem Eco Idle.

Ia digandingkan dengan ransmisi automatik empat-kelajuan bagi memacu roda belakang. Selain itu, ia menawarkan penjimatan bahan apinya sekitar 15.6 km/l (6.4 liter bagi setiap 100 km).

Untuk kelengkapan lain, kedua-dua varian Aruz iaitu X (RM72,900)  dan AV (RM7,7900) dipadankan dengan roda aloi 17-inci, lampu utama LED, lampu belakang LED, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin, pengimbas tol binaan-dalam, pendingin hawa manual dengan kawalan digital dan corong belakang, ruang kargo seluas 514 liter,sistem infotainmen skrin sesentuh tujuh-inci, enam-pembesar suara, enam beg udara, ABS, EBD, bantuan brek, VSC, kawalan cengkaman dan banyak lagi

Sementara itu, Perodua juga sedang mengadakan rebat pembelian RM4,000 untuk model Aruz sepanjang bulan ini.

Gallery

Tag:

Perodua
Perodua Aruz
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501

Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.

06-08-2026
Berita Auto
Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto
Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto
Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Perodua Traz & Alza 'Takluk' Sri Lanka: Bukti Kereta Malaysia Mampu Bersaing di Luar Negara

Dari Malaysia Ke Sri Lanka: Perodua Lebarkan Sayap, Eksport Traz dan Alza!

28-07-2026
Global
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026
Berita Auto
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Berita Auto
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026