- Berita
- Berita Auto
- Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini
Jejalah MISI 5 – Proton e.MAS 5 Dekati Rakyat Malaysia Ogos-Oktober Ini
Kenderaan elektrik (EV) kedua Proton yang dinanti-nantikan ramai, Proton e.MAS 5, bakal membuat kemunculan di seluruh Malaysia melalui siri jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5. EV ini bakal mendekati orang ramai di lokasi-lokasi tumpuan pelancong seluruh Semenanjung serta Sabah dan Sarawak.
Jadual Lengkap Jelajah MISI 5 Proton e.MAS 5
Jelajah ini akan dimulakan di Bahagian Tengah daripada 9 hingga 17 Ogos, di mana e.MAS 5 akan dipamerkan di lokasi terkenal termasuk Batu Caves, Pasar Seni, KLCC dan Jambatan Saloma. Orang ramai juga boleh melihat model ini dengan lebih dekat di cawangan jualan e.MAS yang terpilih seperti berikut:
- 9 Ogos: SG Car (Shah Alam), Wheelcorp (Setia Alam), EON (Glenmarie), AJG (Puchong)
- 10 Ogos: AJG (Sri Kembangan), Jawira (Balakong), ProAuto (Kajang), Jewel Sonic (Putrajaya)
- 16 Ogos: Able Mobility (Cheras), MBF EV (Jalan Tun Razak), Cahaya (Segambut), Igreen (Setapak)
- 17 Ogos: Pantai Bharu (Rawang), EON (Damansara), Regal Motor (Petaling Jaya), Peringgit (Jalan Klang Lama)
CEO PRO-NET Zhang Qiang (kanan)
Selepas lokasi tersebut, MISI 5 akan bergerak ke arah Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah) bermula 21-25 Ogos, Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) bermula 4-8 September, Selatan di Johor (13-15 September) serta Negeri Sembilan dan Melaka (20-21 September). Seterusnya, Sarawak (25-28 September) dan Sabah (3-5 Oktober).
Pameran & Pengalaman Interaktif
Orang ramai berpeluang mengikuti sesi walkabout bersama pakar produk, menyaksikan pameran statik dan aktiviti interaktif berkaitan Proton e.MAS 5 dan model lain dalam barisan e.MAS. Sesi ini membolehkan rakyat Malaysia menilai sendiri bagaimana EV kompak ini mampu memenuhi gaya hidup pelbagai lapisan, daripada golongan muda hinggalah kepada keluarga moden.
MISI 5: Dekat Dengan Rakyat
Menurut CEO PRO-NET, Zhang Qiang,“Dengan MISI 5, rakyat Malaysia dapat melihat sendiri Proton e.MAS 5, ketahui lebih mendalam tentang produk ini dengan bantuan pakar, serta berjumpa dengan pempengaruh terkenal.
e.MAS 5 direka khas untuk generasi muda urban, keluarga serta pemandu EV pertama kali. MISI 5 membolehkan Proton mendekati kelompok ini kawasan jelajah,” tambahnya.
Untuk perkembangan terkini mengenai siri jelajah ini atau maklumat tentang Proton e.MAS 5, kunjungi saluran media sosial rasmi Proton e.MAS.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv