Link Copiedcheck_circle
EV

Proton e.MAS 7 EV NO.1 Di Malaysia Sebab Dalam 7 Bulan, 4,959 Unit Terjual

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), anak syarikat PROTON mengesahkan Proton e.MAS 7 merupakan model EV Nombor 1 di Malaysia selama tujuh bulan berturut-turut, memandangkan dalam hanya tujuh bulan sebanyak 4,959 unit Proton e.MAS 7 terjual manakala 270 unit dieksport ke pasaran antarabangsa.

Malah, dalam bulan Julai sahaja, pihak PRO-NET menerima  1,365 tempahan, iaitu angka bulanan paling tinggi sejak pelancaran model ini, sekali gus mengukuhkan lagi populariti berterusan e.MAS 7 dalam kalangan pembeli EV.

image.png

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, pihaknya mahu menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah EV yang memberikan keselesaan luar biasa, prestasi seimbang dan ciri-ciri canggih pada harga yang berpatutan,”

image.pngimage.png

“Permintaan berterusan yang kami lihat hari ini adalah hasil daripada komitmen tersebut. Kami amat berterima kasih kepada para pelanggan kerana menaruh kepercayaan kepada PROTON dan jenama e.MAS, serta menjadikan e.MAS 7 sebagai pilihan nombor satu mereka," katanya.

Bagi menggalakkan lagi pembelian Proton e.Mas 7, pihak PRO-NET kini menawarkan program Power Exchange diman apelanggan yang menukar beli kenderaan mereka layak menerima bonus tukar beli sebanyak RM5,000 selain daripada nilai tukar beli yang dinilai.

Namun, ia  tertakluk kepada pemeriksaan dan kelulusan pihak yang berkaitan.

Bagi yang berminat, anda boleh mengunjungi bilik pameran Proton e.MAS yang berdekatan atau menempah pandu uji melalui laman web Proton e.MAS. 

Layari Proton e.MAS di Facebook (Proton e.MAS Cars), Xiaohongshu (Proton e.MAS Cars), TikTok (@protonemasofficial), dan Instagram (@protonemasofficial).


Gallery

Tag:

Proton e.MAS7
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Gelaran EV No 1 Di Malaysia Masih Dipegang Proton e.MAS 7!

Proton e.MAS 7 sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai kenderaan elektrik No. 1 di Malaysia bagi bulan Ogos 2025 memandangkan jumlah penghantaran telah mencecah sebanyak 5,811 unit dari 1 Januari hingga 31 Ogos lalu.

18-09-2025
EV

Geely EX5 Hadir Dengan Jaminan Bateri Seumur Hidup Tetapi Ada Syaratnya

Nampaknya, Geely Auto Indonesia menjadi tumpuan memandangkan ia menawarkan waranti bateri seumur hidup untuk model Geely EX5 di awah pakej promosi yang dinamakan ‘EXceptional Value Deals.

08-07-2025

Berita Terkini

EV

EV Mampu Milik, Tempahan Proton e.MAS 5 Meningkat Kepada 3,000 Unit

tempahan untuk Proton e.MAS 5 kini sudah mencecah sehingga 3,000 unit setakat semalam.

15-10-2025
EV

EV Perodua Sah Dilancarkan Disember Nanti – Lebih 400 KM, Bawah RM80K

Perodua akhirnya mengesahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) pertamanya bakal dilancarkan pada Disember ini.

14-10-2025
EV

Ekosistem EV Malaysia Masih Belum Matang, Insentif Model Import Masih Diperlukan – MAA

Semasa pembentangan Belanjawan 2026 baru-baru ini, tiada sebarang pengumuman dibuat membabitkan duti import dan eksais untuk kenderaan elektrik (EV) yang diimport sepenuhnya (CBU).

13-10-2025
EV

Skuter Elektrik SoloEra Solo 2 Kini Di Pasaran – 140 KM, Dari RM5,599*

Blueshark Malaysia memperbanyakkan lagi barisan motosikal elektriknya dengan pelancaran model terbaru, SoloEra Solo 2. Ini merupakan model kedua dari siri SoloEra yang diperkenalkan di pasaran tempatan.

12-10-2025
EV

Ferrari Dedahkan EV Baharu, Elettrica, Cecah 1,000 HP, 529 KM Sekali Cas

Ferrari akhirnya mendedahkan beberapa butiran awal berkaitan model elektrik penuh (BEV) pertamanya yang diberikan kod nama ‘Elettrica’.

10-10-2025
EV

BYD Atto 3 2026 Bakal Muncul Dalam Versi Lebih Berkuasa – 308 HP, 800V

BYD Atto 3 akhirnya melalui transformasi menjadi sebuah jentera elektrik yang lebih berkuasa dan sempurna.

10-10-2025
EV

Laku Seperti Pisang Goreng Panas, Lebih 1,600 Unit Proton e.MAS 5 Ditempah Dalam 24 Jam!

Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) berjaya mencatatkan jumlah tempahan yang tinggi iaitu sebanyak 1,607 dalam masa hanya 24 jam.

08-10-2025
EV

Chery iCaur V23 Sudah Tiba Di Thailand, Seterusnya Malaysia Pula

Chery iCaur elektrik V23 baru sahaja dilancarkan di Thailand dan ini memberi bayangan bahawa ia akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi.

08-10-2025