Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Roller Barrier Mahal, Punca Penghadang Jalan Berputar Sukar Dilaksana

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemasangan penghadang jalan berputar atau 'rolller barrier' mahal!

Itu punca pemasangan penghadang jalan berputar atau 'rolller barrier' sukar dilaksana di seluruh negara. Malah, sebanyak RM2,500 dikenakan untuk semeter iaitu lima kali ganda berbanding penghadang jalan besi di jalan raya utama di negara ini yang hanya berharga RM500 semeter.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata peruntukan yang terhad menyebabkan pemasangan penghadang jalan berputar sukar itu dilaksanakan secara menyeluruh di negara ini.

"Ya, bukan hanya sebagai kos tetapi kos memainkan peranan penting. Penghadang besi yang kita nampak banyak digunakan di semua jalan di Malaysia ini kosnya adalah RM500 semeter.

image.png

"Tetapi kos untuk penghadang 'roller' yang ada kita buat di dua atau tiga tempat sebagai percubaan adalah RM2,500 satu meter, jadi lima kali ganda lebih tinggi.

"Kita bukan tidak mahu menggunakan (roller barrier) tetapi peruntukan terhad menyebabkan kita guna penghadang besi," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan M Prabakaran (PH-Batu) sama ada kerajaan akan merangka piawaian baharu bagi pembahagi jalan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.

Bagaimanapun, pemasangan jenis penghadang jalan alternatif atau inovasi seperti pembahagi fleksibel, getah atau 'roller barrier' perlu dikaji dengan teliti.

"Meskipun penghadang jalan dipasang, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk tidak memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

"Sekiranya kenderaan dipandu melebihi had laju, daya hentaman yang berlaku mungkin melebihi keupayaan penghadang jalan untuk menyerap impak, sekali gus mengurangkan keberkesanannya.

"Oleh itu, penghadang jalan hanya dapat berfungsi dengan optimum sekiranya pemandu mematuhi had kelajuan yang dibenarkan," katanya.





Gallery

Tag:

roller barrier
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026