- Berita
- Berita Auto
- Tiggo 7 PHEV CSH Terbukti Lasak, Lulus Ujian Sagat Bateri Di Mexico
Tiggo 7 PHEV CSH Terbukti Lasak, Lulus Ujian Sagat Bateri Di Mexico
Chery meneruskan jelajah global Chery Safety Challenge dengan sesi ujian di Mexico, di mana model terbarunya, Tiggo 7 PHEV CSH, diuji dalam ujian sagat bateri atau Battery Scrape Test.
Ujian ini membuktikan kemampuan jentera tersebut bertahan setelah melalui cabaran eksktrem, melanggar penghadang berbentuk sfera berketinggian 242 mm pada kelajuan 30 km/j dengan kedalaman bertindih 30 mm, mensimulasikan senario sagat jalan raya pada altitud tinggi.
Dalam ujian ini, SUV hibrid plug-in ini hanya permukaan kecil yang calar pada pelindung bateri kereta, tanpa sebarang kesan kebocoran elektrolit, kebakaran, letupan atau asap.
Selain remuk yang minimum pada bahagian bawah bateri, semua penyambung voltan tinggi kekal beroperasi dengan baik selepas ujian. Ini membuktikan ketahanan struktur bateri dan kecekapan sistem perlindungan bateri “Guardian Battery” yang digunakan.
Teknologi Bateri Canggih & Perlindungan Maksimum
Sistem bateri CSH terdiri daripada bateri logam litium logam fosfat (LFP) berbentuk bilah, yang menjamin kestabilan kimia. Ia diperkukuh dengan pelindung bawah badan berkekuatan tinggi 780 MPa.
Selain itu, sistem ini dilengkapi teknologi pemotongan voltan tinggi dengan respon sepantas milisaat mampu memutuskan litar bateri dalam masa 10 milisaat, menghapuskan risiko litar pintas. Sistem ini juga mendapat penarafan kalis habuk IP68, membolehkannya mengekalkan prestasi baik walaupun menempuhi laluan mencabar.
Jelajah Global Chery Super Hybrid
Ujian sagat bateri di Mexico ini merupakan lokasi ketiga dalam siri jelajah ujian keselamatan Chery Safety Challenge peringkat global Chery Super Hybrid. Sebelum ini,
Sebelum ini, model Chery telah diuji di China yang berjaya membuktikan kemampuan jentera bertahan menampung tujuh kenderaan yang diletakkan secara bertindan, gulingan (spiral rollover) dan perlanggaran dua kenderaan. Sementara itu, di Indonesia, model Chery direndam di dalam air masin selama 53 jam.
Siri cabaran ini direka untuk menilai ketahanan kenderaan dalam enam keadaan ekstrem iaitu sejuk melampau, panas melampau, kering melampau, lembap melampau, pada kelajuan tinggi, serta di permukaan tidak rata.
Baca: Tiggo 7, Tiggo 8 Hadir Dengan Teknologi Chery Super Hybrid, Harga Anggaran Masih Belum Didedah
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv