Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tren Bangkok–Butterworth Bakal Kembali

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Setelah 9 tahun perkhidmatan digantung, akhirnya perkhidmatan tren ikonik Bangkok–Butterworth yang pernah menjadi pilihan utama penumpang  bakal kembali beroperasi tidak lama lagi.

Persetujuan ini dicapai dalam Persidangan Bersama SRT dan KTMB ke-43 yang berlangsung di Thailand dari 4 hingga 7 Ogos lalu.

Rundingan melibatkan Gabenor State Railway of Thailand (SRT), Veeris Ammarapala; Ketua Pegawai Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Afzar Zakariya; serta Setiausaha Pengangkutan Darat Kementerian Pengangkutan Malaysia, Dato’ Mohamed Irwan Mansor.

image.png

Menurut kenyataan, perbincangan berhubung penyambungan semula perkhidmatan ini bermula daripada mesyuarat dua hala bertemakan “Railnaissance” antara kementerian pengangkutan Malaysia dan Thailand pada 2 Mei di Bangkok.

Kedua-dua pihak bersetuju melaksanakan pelbagai penambahbaikan, termasuk mempercepat projek landasan berkembar, membangunkan sistem tiket bersepadu, menyelaras pemeriksaan dan pensijilan gerabak rentas sempadan, serta menubuhkan prosedur operasi standard kecemasan yang seragam. 

Sebelum ini dikenali sebagai Bangkok–Butterworth International Express 35/36, tren tersebut terkenal kerana pemandangan menarik sepanjang perjalanan dan kemudahan yang selesa.

Namun, ia dihentikan selepas siapnya Projek Ipoh–Padang Besar Electrified Double Track (EDTP) di Malaysia serta pengenalan perkhidmatan CNR Thaksinarath di Thailand, yang memaksa penumpang membuat pertukaran tren di sempadan dan mengurangkan keselesaan perjalanan.


Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PRN N9: KTMB Tawar Tren Tambahan

Pulang Mengundi Bebas Kesesakan: KTMB Tambah Perjalanan ETS & Komuter.

30-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026.

02-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026