Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tular: Wanita Terjatuh Dari Kereta, Mujur Tidak Dirempuh

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan berhubung kes seorang wanita terjatuh daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak di laluan kedua Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya mengesan satu video tular berhubung kejadian di media sosial, hari ini.

Menurutnya, video berdurasi 14 saat itu memaparkan seorang wanita membuka pintu dan keluar daripada kenderaan ketika sedang bergerak laju.

Kejadian itu mengakibatkan wanita tersebut bergolek di atas jalan raya dan hampir dilanggar oleh beberapa kenderaan.

“Polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian ini. “Orang ramai atau saksi kejadian diminta tampil membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.

Tambahnya, sebarang maklumat berkaitan dengan kejadian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999. – KOSMO! ONLINE

Gallery

Tag:

Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kadar Tol Di KESAS, Sprint, SMART, LDP dikekalkan Untuk 10 Tahun

Amanat Lebuhraya Rakyat (ALR) mengesahkan pihaknya tidak akan menaikkan kadar di empat lebuh raya.

04-04-2024
Berita Auto

Dah Boleh Guna Kad Debit, Kredit Bayar Tol

Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) sudah bermula di 12 lebuhraya utama .

08-09-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026