Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Zeekr 009 Executive AWD Berharga RM299,800, Jarak Gerak 604KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Zeekr Malaysia  mengesahkan Zeekr 009 Executive kini dijual pada harga  RM299,800 selepas melancarkan Pusat Zeekr di pusat beli-belah KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Zeekr 009 Executive menampilkan tetapan pacuan roda hadapan dengan satu motor yang mampu menghasilkan kuasa setakat 335 hp  dan 373 Nm.

image.png

Ia  yang dikuasakan oleh bateri 116 kWh, menawarkan jarak pemanduan sehingga 604 KM mengikut penarafan WLTP dan mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam hanya 7.9 saat.

Bagi menambahkan keselesaan dari segi pemanduannya, ia ditambah baik dengan suspensi udara dua ruang, selain  dipadankan dengan sistem peredam getaran elektromagnetik CCD serta teknologi eksklusif Magic Carpet Control daripada Zeekr, yang meningkatkan kelancaran dan respons dinamik pemanduan.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya, ia mengekalkan kemewahan seperti varian Luxury, lengkap dengan fungsi pengudaraan, urutan, dan memori. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan skrin OLED 17-inci yang dipasang pada bumbung serta sistem audio Yamaha 30 pembesar suara berteknologi surround bumbung panaromik berkembar dan banyak lagi. 

image.pngimage.png

Dari segi reka bentuk luaran, 009 Executive mengekalkan imej gagah sama seperti model lain dalam siri ini, dengan ukuran panjang 5,209 MM dan lebar 2,024 MM. Ia menggunakan rim aloi aero StarLight 19-inci bersama tayar 225/50R19, yang mengimbangi gaya dan kecekapan. Lampu LED dengan reka bentuk tersendiri, bumbung suria berkembar yang luas, dan garisan badan yang kemas menguatkan identiti kemewahan futuristiknya.

Setiap pembelian varian Executive akan disertakan dengan waranti kenderaan 5 tahun/150,000 KM, waranti bateri 8 tahun/160,000 KM, serta dua tahun perkhidmatan sambungan percuma, dengan 6GB data bulanan untuk aplikasi Zeekr, navigasi, dan kemas kini OTA.

Dengan harga RM299,800, Zeekr 009 Executive bersaing rapat dengan Denza D9 Advance FWD (RM259,000) dan XPeng X9 Long Range 2WD Pro (RM269,888).







Gallery

Tag:

Zeekr 009 EV MPV
Zeekr 009 Executive
Zeekr
Zeekr 009
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Zeekr 009 Executive Kini Dengan Suspensi Udara Dwi-Ruang – Lebih Selesa

Selepas kemunculan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 baru-baru ini, Zeekr Malaysia kini memperkenalkan penambahbaikan pada varian Zeekr 009 Executive.

15-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
EV

Selepas Zeekr 009, Zeekr X, Zeekr 7X Pula Masuk M'sia

Zeekr 7X bakal menembusi pasaran tempatan pada tahun depan.

10-12-2024
Kereta Baru

ZEEKR 009, ZEEKR X Dilancar, Harga Bermula Dari RM156K&RM350K

Zeekr Malaysia yang dioperasikan oleh Sentinel Automotive melancarkan model pertama MPV EV Zeekr 009 dan Zeekr X, sebentar tadi.

06-12-2024
EV

Ini Dia Pencabar Vellfire, Alphard, Zeekr 009, Pengecasan Bateri Paling Laju, SAH Masuk M'sia

Geely melancarkan secara rasminya MPV elektriknya, Zeekr 09 di pasaran Thailand, baru-baru ini.

24-09-2024
EV

Jenama EV Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Di Bawah Sentinel Automotive

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) premium China, Zeekr, dijangka akan melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia tahun ini.

11-06-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior

JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,

01-04-2026
Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026