- Berita
- Berita Auto
- 9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter
9 Jenis Pengangkutan Awam, 12 Sektor Logistik Terima Harga Subsidi RON95 Pada RM2.05 Seliter
Nampaknya, hanya sembilan jenis pengangkutan awam dan 12 sektor logistik yang akan menerima harga subsidi RON95 pada kadar RM2.05 seliter.
Perkara itu disahkan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan. Walaupun, harga 6 sen yang dikenakan ke atas mereka adalah lebih tinggi namun harga itu masih lebih rendah berbanding harga tanpa subsidi.
Antara sembilan segmen pengangkutan awam itu ialah teksi; kereta sewa; bas sekolah; van jenazah; ambulans; jentera bomba; bas perantara; bas mini; dan bas henti-henti.
Sementara itu, 12 segmen di bawah sektor logistik ialah van panel, van tingkap, van separa panel, lori dan van katering makanan; van perkhidmatan bergerak; lori kotak; lori sejuk beku; dan lori yang menyediakan perkhidmatan bergerak serta membawa kargo am, hasil pertanian dan haiwan.
"Kad fleet akan digunakan untuk menyalurkan subsidi bersasar ini kepada kenderaan komersial yang layak," katanya.
Harga petrol RON95 akan diturunkan daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter di bawah program Budi Madani RON95 untuk orang awam berkuat kuasa 30 September ini.
Warga negara berusia 16 tahun dan ke atas yang mempunyai lesen memandu aktif layak menikmati kadar bersubsidi itu, dengan pengesahan dibuat menerusi MyKad, mekanisme sama digunakan untuk pengagihan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Gallery


Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/