Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Labur RM2.2 Bilion Tubuhkan Ekosistem Automotif Pintar Lengkap Di Selangor

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Amin-Chery-Beringin-(19).jpg


Syarikat automotif dari China, Chery, memperluaskan pengaruhnya di Malaysia dengan tumpuan terhadap negeri Selangor. Langkah ini merupakan komitmen lebih mendalam syarikat berkenaan terhadap pembangunan industri automotif tempatan.


Semasa kunjungan terbaru ke Chery International Park di Wuhu, China, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan rombongan berpeluang menyaksikan sendiri skala operasi kilang tersebut yang banyak menggunakan teknologi automasi robotik dalam proses pengeluaran.


Amin-Chery-Beringin-(7).jpg


Salah satu tarikan utama di sana adalah penggunaan robot humanoid AiMOGA, yang mampu berjalan, mengenal pasti pertuturan dan berkomunikasi dalam 11 bahasa. Setakat ini, sebanyak 220 unit AiMOGA telah ditempatkan di seluruh dunia, termasuk dua unit di Malaysia, menunjukkan tahap kesiapsiagaan teknologi ini untuk digunakan dalam persekitaran sebenar.


Chery Smart Auto Industrial Park 


Amin-Chery-Beringin-(9).jpgAmin-Chery-Beringin-(8).jpg


Perbincangan antara Menteri Besar Selangor bersama pengerusi Chery, Yin Tongyue, membabitkan pelaburan syarikat di negeri ini serta kemungkinan pemindahan teknologi. Projek yang kini menjadi tumpuan ialah pembangunan Chery Smart Auto Industrial Park di Beringin High-Tech Auto Valley di Hulu Selangor, bernilai lebih RM2.2 bilion.


Amin-Chery-Beringin-(5).jpg


Fasiliti seluas lebih 800,000 meter persegi ini dirancang untuk menghasilkan 100,000 kenderaan setahun pada fasa pertama dan kapasiti ini mampu ditingkatkan sehingga tiga kali ganda. Ia bukan sekadar kilang pemasangan, malah bertujuan membangunkan ekosistem automotif pintar sepenuhnya dengan integrasi rantaian bekalan tempatan dan program latihan teknikal.


Projek ini juga menyokong semua jenis teknologi kenderaan, termasuk petrol, hibrid, hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik bateri (EV).


Kerjasama Dengan Pengeluar Tempatan


Amin-Chery-Beringin-(1).jpg


Chery sudah pun menjalankan operasi pemasangan dalam negara (CKD) di Kulim dan Shah Alam melalui bekerjasama dengan 12 pembekal dari China serta 23 rakan niaga tempatan. Model perkongsian ini dijangka memperkukuh keupayaan industri automotif tempatan dan membuka peluang baharu untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.


Projek ini menjanjikan pelaburan asing yang besar, penciptaan peluang pekerjaan jangka panjang, pemindahan teknologi yang sekaligus meletakkan Selangor sebagai hab automotif. 

Baca: Chery QQ3: Kereta Mini, QQ, Dihidupkan Kembali, Kini Dalam Versi Elektrik

Baca: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian


Tag:

Chery Malaysia
Selangor
Menteri Besar Selangor
Chery Beringin High-Tech Auto Valley
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

09-01-2026
Berita Auto
Gaya Hidup

24-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI

Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).

01-04-2026
Berita Auto

BUDI95 200 Liter Sebulan: Ramai 'Sapu' Baki Subsidi Semalam

Beberapa stesen minyak di sekitar Lembah Klang dilaporkan mengalami kesesakan luar biasa semalam.

01-04-2026
Berita Auto

Isu BYD: MITI Perjelas Perkara Sebenar

Jangan keliru, ini penjelasan MITI.

31-03-2026
Berita Auto

Angkara Pemandu Mabuk, Ini Nasib Mangsa Rempuhan

Duit boleh beli Range Rover, tapi tak boleh beli nyawa orang lain!

31-03-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk Di Jasin, Polis Sedang Siasat

Polis Daerah Jasin kini sedang giat mengesan seorang pemandu van yang terlibat dalam kemalangan di Simpang Kerayong, Melaka.

31-03-2026