Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal

Sofea Najmi

Kongsi melalui

knock-for-knock-caricarz-(2).jpg


Pernah kemalangan dan bukan diri yang bersalah? Sudahlah dilanggar, tuntut insurans pula ambil masa lama dengan proses yang sangat ‘melecehkan’ sehinggakan kadangkala terpaksa keluarkan duit sendiri dulu untuk kos pendahuluan. 


Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, Timbalan Pengarah Jabatan Tingkah Laku Pengguna dan Pasaran Bank Negara Malaysia (BNM), Lailatul Akma Mohd Shukor, memaklumkan bahawa pemandu yang tidak bersalah dan memiliki polisi insurans komprehensif kini boleh membuat tuntutan terus kepada syarikat insurans sendiri tanpa perlu menunggu pihak lawan.


Jelasnya lagi, tuntutan yang dibuat melalui pilihan ‘Own Damage Knock-for-Knock’ (OD-KFK) ini tidak akan menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).


Proses Tuntutan ‘Own Damage Knock-for-Knock’


kemalangan-belakang-1.png


“Langkah ini mempercepatkan proses, mengelakkan kos pendahuluan dan mengekalkan NCD pemandu.


“Untuk menggunakan OD-KFK, pemegang polisi hanya perlu mengemukakan laporan polis serta dokumen berkaitan, kemudian syarikat insurans akan menguruskan tuntutan,” katanya.


Had & Pengecualian Polisi


kemalangan-bas-kereta.png


Namun begitu, polisi ini tidak terpakai bagi kemalangan yang melibatkan bas, teksi atau jika terdapat kecederaan kepada individu. Dalam kes-kes tersebut, tuntutan perlu dibuat kepada syarikat insurans pihak yang bersalah.


Pemendekan Tempoh Proses Tuntutan


BNM turut menambah baik tempoh proses tuntutan dengan menetapkan jangka masa yang lebih terperinci bagi setiap tuntutan. Tempoh pemprosesan untuk kerosakan kereta sendiri kini dipendekkan sehingga 20 hari bekerja, sementara tuntutan kerosakan harta pihak ketiga boleh diselesaikan sehingga 80 hari lebih awal daripada biasa. 


“Kami mahu proses ini lebih mudah dan mesra pengguna selepas bertahun-tahun orang ramai mengadu mengenai kerenah birokrasi dan tempoh menunggu yang panjang,” ujar beliau.


Perkhidmatan Bantuan Tepi Jalan Secara Digital


Selain itu, BNM telah memperkenalkan Bantuan Tepi Jalan Digital yang membolehkan pemegang polisi mendapatkan trak tunda yang sah berdaftar, mencari bengkel berdekatan serta menyerahkan dokumen melalui aplikasi atau laman web syarikat insurans. 


“Tidak perlu lagi keliru siapa perlu dihubungi atau berisiko berurusan dengan trak tunda tidak sah. Segala urusan daripada permintaan bantuan hingga penghantaran dokumen boleh dilakukan melalui aplikasi 24 jam sehari, walaupun kereta rosak atau tayar pancit,” katanya.


Khidmat Penyelesaian Pertikaian Percuma


Jika terdapat pertikaian yang tidak dapat diselesaikan, pemegang polisi boleh membawanya ke Perkhidmatan Ombudsman Kewangan (FOS), sebuah badan bebas yang menyediakan khidmat penyelesaian pertikaian secara percuma.


Reformasi ini bertujuan menjadikan proses tuntutan insurans kenderaan lebih adil, pantas dan telus. Ia diharap dapat mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap sistem insurans kenderaan di Malaysia.

Sumber: SH

Baca: Mangsa Kemalangan Akibat Jalan Berlubang Sebenarnya Boleh Tuntut Pampasan

Tag:

Insurans Kemalangan
Insurans
Bank Negara Malaysia (BNM)
OD-KFK
Own Damage Knock-for-Knock
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Jangan Ke Thailand Tanpa Insurans Ini... Belajar Daripada Tragedi Banjir Hat Yai

PIAM nasihatkan pemandu ke Thailand membuat semakan semula perlindungan insurans selepas banjir di Hat Yai. Tambah Endorsemen 101 & 57 untuk perlindungan semasa berada di luar negara, termasuk risiko banjir kilat.

04-12-2025
Berita Auto

Elak Kena Tipu Dengan 'Longkai' & Bengkel Selepas Kemalangan – Persatuan Insurans Am Malaysia

Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga,' itulah nasib ramai yang terlibat dalam kemalangan dan kemudian terperangkap dalam jerat pengendali trak tunda tidak bertanggungjawab.

08-09-2025
Berita Auto

5,496 'Hotspot' Banjir Seluruh Malaysia

Sebanyak 5,496 kawasan di seluruh negara disenaraikan sebagai lokasi panas.

03-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026