Link Copiedcheck_circle
Tips

Jangan Ke Thailand Tanpa Insurans Ini... Belajar Daripada Tragedi Banjir Hat Yai

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PIAM-Flood-(3).jpg


Ada rancangan untuk ke Thailand? Anda dinasihatkan untuk menyemak semula polisi insurans kenderaan agar tidak menyesal di kemudian hari. Ini susulan kejadian banjir kilat yang melanda di Hat Yai baru-baru ini yang memperlihatkan banyak kenderaan rakyat Malaysia rosak teruk. 


Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), kebanyakan pelan komprehensif biasa tidak menawarkan perlindungan secara automatik sebaik sahaja kenderaan memasuki sempadan Thailand.


Bagaimana Cara Untuk Mendapat Perlindungan Insurans Semasa Di Thailand?


PIAM-Flood-(2).jpg


Untuk kekal dilindungi semasa berada di negara gajah putih, pemegang polisi boleh memohon dua jenis Endorsemen (tambahan perlindungan) penting iaitu:

  • Endorsemen 101 (Perlindungan Luar Negara): Ini membolehkan perlindungan insurans anda dilanjutkan ke Thailand untuk perjalanan singkat, biasanya sehingga sebulan. Ia meliputi kerosakan kenderaan dan kerugian harta benda pihak ketiga sehingga RM100,000.
  • Endorsemen 57 (Perlindungan Bencana Alam): Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon, menggesa pemandu mempertimbangkan risiko banjir dan menambah Endorsmen 57. Ini memberikan perlindungan tambahan untuk bencana alam, seperti kejadian banjir kilat mengejut yang berlaku di Hat Yai.

Kedua-dua endorsemen ini tidak memakan kos yang tinggi, iaitu sekitar 0.2% daripada nilai diinsuranskan dan boleh diuruskan melalui ejen atau penyedia insurans.


Chua Kim Soon turut mengingatkan orang ramai bahawa Thailand mewajibkan pembelian Compulsory Motor Insurance (CMI) untuk semua kenderaan asing.


CMI boleh dibeli daripada syarikat insurans Thai sama ada di sempadan atau secara dalam talian melalui platform serantau sebelum memasuki negara tersebut.


Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Kereta Terperangkap dalam Banjir di Thailand?


PIAM-Flood-(4).jpg

PIAM-Flood-(5).jpgPIAM-Flood-(6).jpg


Ramai rakyat Malaysia yang terjejas oleh banjir di Hat Yai kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan semula kereta mereka, kerana kenderaan yang rosak di luar negara tanpa perlindungan yang betul kebiasaannya tidak layak untuk menuntut ganti rugi. Pemilik mungkin terpaksa menanggung kos yang besar untuk pengangkutan dan pembaikan sendiri.


Bagi mana-mana individu yang keretanya terperangkap dalam banjir, nasihat utama adalah JANGAN sesekali menghidupkan enjin semula. Sebaliknya:

  • Dokumentasikan keadaan kenderaan dengan foto atau video.
  • Hubungi syarikat insurans atau aplikasi Digital Roadside Assistance (DRA) untuk mendapatkan bantuan tundaan.

Laporan polis di Thailand mungkin diperlukan untuk menyokong tuntutan, kecuali jika pihak insurans melonggarkan keperluan tersebut disebabkan bencana besar. Pemandu juga perlu mengemukakan dokumen insurans, maklumat cukai jalan dan borang kastam yang diperlukan. Kemajuan tuntutan boleh dipantau melalui aplikasi DRA.


PIAM-Flood-(1).jpegPIAM-Flood-(8).jpg


Untuk membantu mangsa, syarikat insurans Malaysia sedang bekerjasama dengan bengkel dan khidmat tunda di Thailand, termasuk pihak berkuasa. Kejadian banjir besar selepas hujan lebat di wilayah Songkhla itu menyaksikan lebih 500 kereta Malaysia dilaporkan tersadai dan mengalami kerosakan.

Sumber: The Star

Juga Menarik: 4,000 Rakyat Malaysia Sangkut Di Hatyai Angkara Banjir Teruk

Tag:

Insurans
Banjir Thailand
Insurans Kenderaan
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Elak Kena Tipu Dengan 'Longkai' & Bengkel Selepas Kemalangan – Persatuan Insurans Am Malaysia

Elak Kena Tipu Dengan 'Longkai' & Bengkel Selepas Kemalangan – Persatuan Insurans Am Malaysia

Ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga,' itulah nasib ramai yang terlibat dalam kemalangan dan kemudian terperangkap dalam jerat pengendali trak tunda tidak bertanggungjawab.

08-09-2025
Berita Auto
Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal

Kereta Dilanggar & Anda Tak Bersalah? Boleh Tuntut Insurans Sendiri, NCD Kekal

Pemandu yang tidak bersalah dan memiliki polisi insurans komprehensif kini boleh membuat tuntutan terus kepada syarikat insurans sendiri tanpa perlu menunggu pihak lawan.

02-09-2025
Berita Auto
5,496 'Hotspot' Banjir Seluruh Malaysia

5,496 'Hotspot' Banjir Seluruh Malaysia

Sebanyak 5,496 kawasan di seluruh negara disenaraikan sebagai lokasi panas.

03-10-2022
Berita Auto
Penggunaan EV Meningkat: Industri Insurans Hadapi Cabaran Baharu

Penggunaan EV Meningkat: Industri Insurans Hadapi Cabaran Baharu

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat di Malaysia kini mengundang cabaran baharu kepada industri insurans.

09-10-2025
Berita Auto
Standard Baharu Untuk Baik Pulih Kenderaan Akan Diumumkan

Standard Baharu Untuk Baik Pulih Kenderaan Akan Diumumkan

Pengumuman mengenai Standard Malaysia - Keperluan Pembaikan Selepas Pasaran untuk Kenderaan Kemalangan (MS) akan dibuat pada suku pertama tahun ini.

22-01-2024

Berita Terkini

Tips
Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Lesen Mati Lebih 36 Bulan, Kena Ujian Semula

Renew Lesen MyJPJ vs Ambil Ujian Semula – Mana Lagi Mudah?

27-03-2026
Tips
Cara Renew Lesen MyJPJ

Cara Renew Lesen MyJPJ

Ini cara renew lesen di MyJPJ step by step.

27-03-2026
Tips
Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta

Cara Lindungi Kad NFC Touch 'n Go Akibat Bahang Kereta

Tips Penting: Elak Kad Touch 'n Go Daripada Melengkung Musim Panas Ini.

26-03-2026
Tips
Jenis Tinted Kereta 2026:  IRR, UVR, dan TSER

Jenis Tinted Kereta 2026: IRR, UVR, dan TSER

Info Tinted 2026: Jangan Keliru Lagi Dengan IRR, UVR, dan TSER

26-03-2026
Tips
Tanda Bateri Kereta Kong yang Ramai Tak Sedar, Elak Terkandas

Tanda Bateri Kereta Kong yang Ramai Tak Sedar, Elak Terkandas

Awas! 5 Tanda Bateri 'Nyawa-Nyawa Ikan', Jangan Sampai Menangis Tepi Highway PLUS Tengah Malam.

25-03-2026
Tips
Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa Jerry Can Lebih Kuat & Selamat

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa Jerry Can Lebih Kuat & Selamat

Jerry Can vs Tong Biasa, Kenapa JANGAN Guna Tong Biasa untuk Petrol.

25-03-2026
Tips
Bolehkah Isi RON95 Ke Dalam Tong, Masih Ramai Keliru

Bolehkah Isi RON95 Ke Dalam Tong, Masih Ramai Keliru

Jangan Jadi 'Mangsa' Seterusnya Di Stesen Minyak, Fahami Pantang Larang Isi RON95 Dalam Tong.

25-03-2026
Tips
El-Nino Bakal Landa Malaysia, 8 Perkara Penting Perlu Diawasi Pada Kereta Anda

El-Nino Bakal Landa Malaysia, 8 Perkara Penting Perlu Diawasi Pada Kereta Anda

8 Perkara Wajib Semak Pada Kereta Ketika Cuaca Panas Gila Macam Sekarang.

25-03-2026