Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

TBG Bakal Jadi Hab Ke Pantai Timur, Sudah Mula Operasi Sejak April Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Nampaknya, Terminal Bersepadu Gombak (TBG)  bakal menjadi hab utama pengangkutan awam ke Pantai Timur selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, terminal moden itu sudah mula beroperasi sejak April lalu namun penggunaannya masih rendah kerana kerajaan belum mewajibkan bas ekspres ke Pantai Timur beroperasi dari situ.

"Kita akan melihat semula perancangan dan memastikan bas ekspres, terutamanya ke arah Pantai Timur, bermula atau tiba di terminal ini. Harapan kita terminal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya," katanya.

Terdahulu,  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Terminal Pengangkutan Bersepadu Gombak (TBG)

image.png

Menurutnya, kelebihan TBG adalah lokasinya yang strategik dengan integrasi bersama projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang terletak bersebelahan terminal berkenaan.

"Ia akan dihubungkan dengan eskalator dan walkalator supaya pengguna mendapat kemudahan lebih selesa, lancar dan selamat.

"Terminal ini juga bakal diintegrasikan dengan LRT," katanya.

image.png

Loke berkata, pembangunan sekitar kawasan TBG turut dirancang dengan pembinaan kediaman, komersial serta pelbagai kemudahan lain oleh pihak pengendali terminal berkenaan.

 Terminal itu juga mempunyai ruang niaga dan komersial selain kawasan yang boleh dimanfaatkan agensi kerajaan bagi memudahkan urusan orang ramai.

Projek TBG membabitkan kos pembinaan sebanyak RM307.4 juta, melibatkan terminal tujuh tingkat dengan ruang komersial.

TBG dilengkapi 125 petak bas untuk ketibaan, pelepasan dan parkir, serta mampu menampung sehingga 700 trip bas sehari dengan jangkaan 25,000 penumpang harian.



Gallery

Tag:

Integrated Transport Terminal Gombak (TBG)
Anwar Ibrahim
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

RON95 Subsidi Masih RM1.99! PM Beri Jaminan RON95 Tak Naik Walau Harga Dunia ‘Mendidih’

Kerajaan memberi jaminan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga siling petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter.

09-03-2026
Berita Auto

Bank Dunia Cadang RON95 RM2.65! PMX Tolak Demi Rakyat, Kekal RM1.99

PMX sahkan kerajaan tolak cadangan Bank Dunia tetapkan harga RON95 ikut pasaran. Penyasaran subsidi RON95 kekal (RM1.99/liter) untuk membantu rakyat dan membantu kerajaan capai penjimatan RM15.5 bilion setahun.

03-12-2025
Berita Auto

Belanjawan 2026: Peruntuk RM2.5 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan

Kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan.

13-10-2025
Berita Auto

BERITA BAIK UNTUK 18 JUTA PEMEGANG MYKAD: RON95 Akhirnya Turun Sehingga RM1.99 Seliter

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 semurah RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025.

23-07-2025
Berita Auto

Aerotrain Kembali Operasi: PM Puji Aerotrain, Kini Lebih Laju Daripada Dulu

Selepas tertangguh selama 28 bulan perkhidmatan tren tanpa pemandu yang moden itu sudah melalui proses naik taraf bernilai RM456 juta.

01-07-2025
Berita Auto

Selepas Subsidi Bersasar RON95, Cukai Karbon Pula?

Nampaknya, selepas subsidi RON95, cukai karbon pula menanti kita!

18-06-2025
Berita Auto

Subsidi RON95 Diteruskan Atau Tidak, Ini Jawapan PM

Nampaknya, kerajaan akan meneruskan rancangan untuk rasionalisasi subsidi RON95 dalam tempoh terdekat ini.

17-06-2025
Berita Auto

"Pekerja Petronas Diberhentikan, Libatkan Kakitangan Kontrak", - PM

Perdana Menteri menjelaskan pengurangan 10 peratus pekerja Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) kebanyakannya melibatkan pekerja kontrak.

07-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

RON95 Terendah Di Dunia

Harga minyak RON95 di negara ini masih antara yang terendah di dunia.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026